Dua Komando Polis Maut Terkena Serangan Mortar Pemberontak Sulu

on 1 March 2013

Dua Komando Polis Maut Terkena Serangan Mortar Pemberontak Sulu
Dua Komando Polis Maut Terkena Serangan Mortar Pemberontak Sulu | Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini. 

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan
Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Dua Komando Polis Maut Terkena Serangan Mortar Pemberontak Sulu

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.

Sementara itu, Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram - Azzimudie Kiram - yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu.

Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.

"Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut," kata Idjirani dalam satu sidang akhbar di Manila.

"Yang terbunuh termasuk seorang wanita."

Idjirani merayu kepada kerajaan Malaysia supaya menghentikan serangan itu, dan berkata orang-orang Azzimudie hanya bersenjatakan bolos (parang) dan pisau dan hanya beberapa orang bersenjatakan senapang. 

Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.

AKhbar berbahasa Cina, China Press pula memetik sumber yang tidak disahkan di tempat kejadian, yang mendakwa dua penceroboh telah ditembak mati, manakala tiga anggota tentera Malaysia cedera.

Bagaimanapun, ABS-CBNnews melaporkan bahawa Duta Malaysia ke Filipina telah mengesahkan berlaku insiden menembak antara kedua-dua pihak tetapi tiada sebarang kematian.

Jurucakap Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina (DFA) Raul Hernandez memberitahu agensi berita bahawa Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario baru sahaja berbincang dengan duta Malaysia, yang mengesahkan berlaku insiden menembak di Lahad Datu tetapi ia sudah dihentikan.

Beliau berkata Manila sedang memantau keadaan.

Sumber: Malaysiakini


Update Terkini: 3.45 petang

“AL-FATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU HARI INI. G/17984 skuad 2/2006″

Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina - Bernama

Update Terkini: 3.50 petang

Pengganas Sulu 10 mati, 4 cedera. Komando Malaysia 3 mati, dan salah seorang adalah Azman Rampong dari Semporna.

Lahad Datu & Semporna masih bertempur & dalam keadaan darurat. Sandakan hampir diserang pengganas dan dikatakan 2000 penyokong pengganas Sulu di daerah Sandakan bersedia untuk membuat huru-hara ( mengikut sumber risikan dari Malaysia Special Branch). Komando 69 Malaysia telah berjaya menyusup masuk ke dalam kubu tentera Sulu di Lahad Datu.. - Sumber -

#PRAY FOR SABAH

Update Terkini : 5.18 Petang

PDRM mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk sekitar Lahad Datu sebagai langkah berwaspada.

Update Terkini : 6.10 petang


PETALING JAYA: Perintah berkurung telah dikenakan di banda Lahad Datu dan kawasan sekitar dari pukul 4 petang Jumaat berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo selepas pencerobohon selama 23 hari.

Seorang jurucakap polis berkata, perintah berkurung itu bagi memastikan keselamatan awam.

“Ia merupakan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami berharap orang ramai dapat mengikutinya dan memberi kerjasama dengan pasukan keselamatan,” katanya.

Turut difahamkan hanya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang berkuasa untuk mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu.

Update Terkini : 6.56 petang 

Kenyataan Rasmi PDRM menerusi Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib : 2 anggota Komando TERKORBAN, 3 CEDERA & 12 orang Penceroboh MAUT. TIADA PERINTAH BERKURUNG DIKELUAKAN DI LAHAD DATU. Cuma langkah berjaga-jaga.

Update Terkini : 7.48 petang


Al - Fatihah. Adalah dimaklumkan bahawa jenazah kedua-dua pegawai polis yang terkorban di Lahad Datu dijangka tiba seperti berikut:

Tarikh: 01 Mac 2013
Masa: 11.30 malam
Tempat: Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

** Sebarang perubahan masa akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Update : 8.37 malam

Senarai nama anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dan cedera sewaktu serangan mortar dalam krisis Lahad Datu :

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

3. Koperal 135383 Azman B. Ampong (terkorban)

4. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)

5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).

***Gambar tu mesej inspektor zul yang telah terkoban.. Jom sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau & rakan² beliau...



Update Terkini: 2 Mac 2013 - 11.52 pagi

Sebelum ini berita tentang kematian KPL 135383 Azman B. Ampong yang cedera di punggung/peha yang dikatakan telah meninggal dunia adalah berita palsu.
Hj. Madun Bin Buyong, pakcik kepada Kpl. Azman Ampong menyatakan KEKESALAN seluruh keluarga mereka terhadap laporan yang menyatakan anak saudaranya Kpl. Azman Ampong telah terkorban adalah TIDAK BENAR. Bermakna, hanya 2 anggota Keselamatan Negara (Komando) yang terkorban.




Kpl 135383 Azman B. Ampong yang sebelum ini cedera di punggung/peha telah meninggal dunia di Hospital L/Datu mnjadikan beliau anggota ke 3 meninggal dunia
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved