Abou Diaby, Pemain Arsenal Hafaz 19 Juzuk Al-Quran

on 6 January 2013


Abou Diaby, Pemain Arsenal Hafaz 19 Juzuk Al-QuranPemain tengah kelab popular Arsenal dan pemain kebangsaan Perancis, Abou Diaby, 27, ternyata bukan saja handal di gelanggang bola sepak antarabangsa, tetapi dia juga seorang penganut Islam yang taat beribadah.

Abou Diaby, Pemain Arsenal Hafaz 19 Juzuk Al-Quran

Selain aktif dengan sukan bola sepak yang menjadi kerjayanya, Diaby juga dikenali sebagai seorang yang mempunyai minat besar di dalam menghafaz al-Quran. Setakat ini, difahamkan bintang berkenaan sudah menghafaz 19 juzuk al-Quran. 

Salah seorang tenaga pengajar di Ebrahim College London adalah tempat Diaby belajar. Mufti Muhammad, di dalam mikro sosial twitternya @Mufti–Muhammad – mengesahkan bahawa Diaby sudah pun jaya menghafaz 19 juzuk al-Quran. 

Akan mengadakan perbincangan bersama pemain bola sepak Arsenal Abou Diaby yang sudah menghafaz 19 ajza (juzuk) al-Quran, di Ebrahim College malam ini,” ujarnya di dalam mesejnya di akaun twitter. 

Tenang bersama Islam 

Namun bagi Diaby, mengunjungi Ebrahim College, adalah perkara biasa baginya. Beliau mengaku berasa sangat tenang setiap kali bersama kelompok masyarakat Islam. Selain menjadi penyumbang untuk pembangunan kolej berkenaan, Diaby turut membantu mendidik serta membimbing ‘saudara baru’ yang mahu mempelajari Islam secara lebih mendalam. 

Malah Diaby turut bergiat aktif di dalam pelbagai kegiatan sosial untuk membantu etnik Rohingya yang menjadi mangsa penindasan dan kekejaman kerajaan Myanmar. Pada majlis makan malam amal yang diadakan di Pusat Islam London baru-baru ini, Diaby melahirkan rasa prihatin dengan isu ketidakadilan yang dihadapi warga Rohingya di Myanmar.

Sumbangan wang 

Adalah menjadi kewajipan saya sebagai seorang Muslim untuk membantu saudara saya yang hidup di bawah penindasan,” katanya, yang dipetik menerusi portal online Islam di Eropah. 

Portal berkenaan juga telah mendedahkan bahawa pemain itu menyumbang wang untuk membantu etnik Rohingya tetapi jumlahnya dirahsiakan. – 

Tentang Abou Diaby
- Pemain tengah kelab Arsenal sejak 2006 
- Mewakili Perancis di peringkat antarabangsa 
- Memulakan kerjaya di CM Aubervilliers sebelum ke Red Star Paris, Paris St Germain dan Auxerre

p/s: Subhanallah!... kita nie pun terkial-kial nak hafaz juzuk amma...

Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. alhamdulillah.
    islam masih tersebar mekar di eropah..hanya media yg tak sebarkan kerana takut

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved