Remaja Dipenggal Kepala Kerana Tolak Pinangan

on 1 December 2012


Remaja Dipenggal Kepala Kerana Tolak Pinangan | Gila siot betul tragedi ini. Sungguh mengerikan! Kalau dah kena tolak terima sajalah, maknanya itu bukan jodoh kau tu. Ini tak sampai penggal kepala sebab tak puas hati pinangan ditolak oleh pihak perempuan. Yang menjadi mangsa korban pula si gadis yang nak di pinang tu. Kes seperti ini bukannya berlaku dekat Malaysia tapi dekat luar negara iaitu, Afghanistan. Harap tak terjadi seperti ini dekat negara kita. 

Sedikit sedutan dari berita yang ngeri itu:

Gara-gara pinangannya ditolak, seorang lelaki bertindak kejam dengan memenggal kepala seorang gadis berusia 15 tahun dalam satu kejadian menyayat hati di utara Afghanistan.

Mangsa dikenali sebagai Gisa, telah diserang oleh lelaki berkenaan yang juga sepupunya ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas mengambil air di telaga.

Suspek, Sadeq dan saudaranya Massoud telah ditangkap susulan pembunuhan berkenaan.

Kedua-duanya merupakan saudara terdekat kepada Gisa, dan mereka juga menetap di perkampungan yang sama.

Menurut polis, bapa mangsa menolak pinangan berkenaan memandangkan anak gadisnya itu masih muda, justeru dia tidak mahu gadis itu berkahwin awal.


Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved