Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2013

on 21 November 2012

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2013 | Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar Tahun 6 2012 warganegara Malaysia yang layak untuk memohon kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 2013.

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan Satu 2013

Bagi pengambilan Tingkatan 1 ini, MRSM menyediakan empat program seperti berikut;
  • MRSM Biasa – melaksanakan program Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).
  • MRSM Ulul Albab – Sistem Pendidikan MRSM Ulul Albab ini merangkumi Pengajian Al-Quran (Hafazan), Bahasa Arab dan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Mandarin dan Bahasa Jepun selain mata pelajaran teras seperti yang sedia ada di MRSM.
  • MRSM IGCSE – Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) diperkenalkan untuk menambah nilai (value-add) SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sijil Cambridge IGCSE merupakan kelayakan peperiksaan yang berprofil tinggi dan bereputasi cemerlang serta diiktiraf di kebanyakan universiti di peringkat antarabangsa.
  • MRSM Ulul Albab dan IGCSE – Program yang dilaksanakan ini menggabungkan program Ulul Albab dan program IGCSE.
Syarat Kelayakan Masuk MRSM

SYARAT UMUM
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia.
  3. Pelajar sekolah Bumiputera dan bukan Bumiputera tahun enam yang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan di Semenanjung Malaysia.
  4. Memperolehi keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012.
  5. Lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  6. Lulus temuduga.
SYARAT KHAS

MRSM Biasa
  • Memenuhi syarat umum.
MRSM Ulul Albab
  • Memenuhi syarat umum.
  • Pelajar tahun enam yang menuntut di Sekolah Rendah Agama Negeri atau Sekolah Rendah Agama Rakyat.
  • Berkebolehan membaca Al-Quran dengan baik dan mempunyai minat dalam bidang agama.
  • Lulus ujian hafazan dan tulisan jawi.
  • Pemohon mestilah memilih MRSM Gemencheh atau MRSM Kepala Batas sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
MRSM IGCSE
  • Memenuhi syarat umum.
  • Pemohon berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
  • Lulus ujian comprehension.
  • Pemohon mestilah memilih MRSM Tun Abdul Razak atau MRSM Batu Pahat atau MRSM Baling atau MRSM Alor Gajah sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
  • Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.
MRSM Ulul Albab & IGCSE
  • Memenuhi syarat umum.
  • Mempunyai minat dalam bidang agama.
  • Berkebolehan menguasai bacaan Al-Quran dan Bahasa Inggeris dengan baik.
  • Lulus ujian hafazan, tulisan jawi dan comprehension.
  • Pemohon mestilah memilih MRSM Kota Putra sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online.
  • Yuran peperiksaan dan kos pembelian buku IGCSE akan ditanggung oleh ibu bapa yang berkemampuan mengikut perkiraan kriteria yang ditetapkan.
Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  • Pemohon akan menduduki UKKM dalam bulan Disember 2012.
  • UKKM Tingkatan 1 mengandungi 3 aspek utama iaitu Matematik, Sains dan Sikap.
Pemilihan
  • Selain syarat am dan khas, keutamaan akan diberikan kepada calon yang berikut :
  1. Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan pakaian seragam.
  2. Berasal daripada keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman dan luar bandar.

  • Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran (SBP dan SBPI) tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  • Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
  • Keputusan Jawatankuasa Tertinggi Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.
Permohonan

Mohon Nombor Pin / Kata Laluan
  • Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat Mara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Negeri atau Daerah atau MRSM yang berdekatan untuk mendapatkan kata laluan secara percuma bermula pada hari keputusan UPSR 2012 diumumkan secara rasmi iaitu 19 November 2012.
  • Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak serta Salinan Keputusan UPSR 2012 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.
Isi Borang Online
  • Permohonan perlu dibuat secara online di: 
(Sila guna Internet Explorer)
  • Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut berjaya dihantar secara online.
  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak.
  • Pemohon mestilah menghantar cetakan borang tersebut serta dokumen yang berkaitan ke alamat berikut :

  • Permohonan ke Tingkatan Satu,
    Pengarah,
    Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah),
    Tingkat 19,
    Ibu Pejabat MARA,
    21, Jalan Raja Laut,
    50609 KUALA LUMPUR.

  • Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.

Semakan Permohonan MRSM Tingkatan Satu (1) Tahun 2013

Syarat Masuk MRSM-Semenanjung Malaysia

1. Warganegara Malaysia

2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia

3. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia

i. Bumiputera tahun enam
ii. Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan

4. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012

5. Pemohon akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 pada tarikh antara 10 hingga 13 Disember 2012 yang akan diadakan di semua MRSM di Semenanjung Malaysia

Syarat masuk MRSM-Sabah dan Sarawak

1. Warganegara Malaysia

2. Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak

(i) Bumiputera tahun enam
(ii) Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan

3. Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012.

Tarikh Tutup

  • Permohonan secara online kemasukan ke MRSM ini akan ditutup pada 4 Disember 2012.
  • Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2013, permohonan anda dianggap tidak berjaya.
Maklumat

  • Sebarang pertanyaan dan masalah yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi pihak MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.

Sumber rujukan: ePutra.com
Ranking: 5

{ 6 Comments... read them below or add one }

  1. menangis jak adikku nie x dapat msuk skolah nie..xpe la dia tu.skolah disekolah biasa je pun okey bah kan..

    ReplyDelete
  2. aku dulu pernah apply kat maktab ni...keputusan 5A upsr.. tapi sayangnya ditolak..mungkin sebab kokurikulum aku markah teruk agaknya..

    ReplyDelete
  3. @CikNana sekolah dekat mana2 pun sama saja yg penting ada kemahuan utk berjaya...

    ReplyDelete
  4. @boni kacak 5A tu... aku nie 3B 2C jer... tapi PMR aku tebus balik, dpt result yg cemerlang... masa sekolah rendah dulu banyak sangat aku ikut sukan tengok result memang teruk..

    Mungkin bukan rezeki koelah tu Boni... hehheh

    ReplyDelete
  5. sukan bkn penghalang klu pandai bahagi mase...jgn jadikan sukan sebagai alasan..-.-"

    ReplyDelete
  6. sukan bkn penghalang klu pandai bahagi mase...jgn jadikan sukan sebagai alasan..-.-"

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved