Khairul Fahmi Dan Leuniey Bakal Nikah 28 Disember 2012

on 21 November 2012

Khairul Fahmi Dan Leuniey Bakal Nikah 28 Disember 2012

Khairul Fahmi Dan Leuniey Bakal Nikah 28 Disember 2012 | Kali ini menerusi satu sidang akhbar yang dibuat oleh Apex atau Khairul Fahmi, pasangan itu telah mengesahkan akan bernikah pada 28 Disember 2012 ini.

Berita itu mengakhiri segala desas desus dan berita mengenai tarikh nikah pasangan Khairul Fahmi dan Leuniey.
“Saya mengalu-alukan kedatangan semua media untuk majlis pernikahan dan resepsi sebelah lelaki dan perempuan di Kelatan. Bagaimanapun, untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur, hanya kenalan rapat saja yang bakal dijemput disebabkan majlis ini bakal diadakan secara kecil-kecilan saja,” kata Apex.
“In Shaa Allah (Dr. Zakir ini ejaan yang betul), saya akan bernikah pada 28 Disember depan dan 3 majlis resepsi bakal diadakan untuk perkahwinan saya ini. Dua majlis di Kelantan dan sebuah majlis lagi akan diadakan di Hotel Royale Bintang Damansara.

Bagaimanapun, keempat-empat majlis ini bakal disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104). Manakala ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey di Hotel Royale Bintang, Damansara.

Khairul Fahmi Dan Leuniey Bakal Nikah 28 Disember 2012

Kedua-dua pasangan dijangka akan dinikahkan di Kelantan di rumah Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, pada jam 9 pagi.

Sementara itu pada 30 Disember pula, majlis persandingan akan diadakan untuk sebelah perempuan bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan.

Majlis ini akan berkonsepkan Melayu Kontemporari dan akan bermula pada jam 8 malam.

Untuk majlis di sebelah lelaki pula, majlis persandingan akan diadakan dirumah Apex iaitu di Kampung Chenang, pada jam 1 tengahari bertemakan ala-kampung.

Sumber: forblogger.net
Ranking: 5

{ 8 Comments... read them below or add one }

  1. siap ada lagu tu untuk diorang...haha

    ReplyDelete
  2. tahniah kepada mereka..semoga berbahagia hinggalah ke akhir hayat..amin...

    ReplyDelete
  3. eloklah tu... ni kang boring dah dengor gosip sana sini :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah, lagi cepat bagi baik.. Moga mereka bahagia

    ReplyDelete
  5. siap ade penyiar rasmi..
    ape pun tahniah..

    ReplyDelete
  6. Taniah, Harap lpas kawen prestasi lbih baik

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved