Mengapa Ayam Jantan Berkokok Setiap Pagi?

on 1 November 2012

Mengapa Ayam Jantan Berkokok Setiap Pagi? | Nak tahu tak kenapa ayam jantan selalu berkokok ketika hampir menjelang subuh, bahkan sebelum matahari muncul di ufuk timur? Pernah tak kamu semua terfikir benda nie? Oklah, tak nak cakap panjang-panjang.

Mengapa Ayam Jantan Berkokok Setiap Pagi?Menurut satu kajian yang dilakukan, ianya ada kaitan dengan jam "alarm" semulajadi yang dimiliki oleh ayam jantan.

Menurut earthsky.org, ayam jantan berkokok kerana memiliki jam 'dalaman' yang membantunya mendahului terbitnya matahari. Seperti halnya burung, ayam jantan bernyanyi atau berkokok dalam kitaran (siklus) harian.

Hampir semua haiwan memiliki kitaran harian masing-masing dari kegiatan yang dikenali sebagai circadian (circadian rhythm). Ini adalah ritma biologi pada haiwan yang mengikuti kitaran siang dan malam.

Ayam jantan mendahului matahari terbit untuk mendahului aktiviti mencari makanan sehari-hari dan juga untuk mempertahankan wilayahnya. Namun jika satu ayam jantan yang lain memiliki jam 'dalaman' yang telah diatur sedikit lebih awal,  ini dapat merangsang ayam jantan lain untuk berkokok lebih awal juga.

Kokokan ayam jantan ketika matahari terbit sebenarnya adalah suatu cara untuk "membangun kekuasaan" wilayahnya. Ketika ayam berkokok, ia mengirimkan isyarat kepada ayam jantan yang lain bahawa jika melanggar, beerti mereka meminta untuk bergaduh.
Ranking: 5

{ 6 Comments... read them below or add one }

  1. owh...baru paham. kenapa ayam berkokok ontime waktu pagi..

    ReplyDelete
  2. macam tu ka?....baru tahu..bagus tol ayam jantan ni...skrg kalau duk bandar memg xjumpa ayam jantan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam jantan memang susah nak jumpa...jantan ramai...

      Delete
  3. kat tempat aku susah nak dengar ayam berkokok..rindu pulak nak dengar bunyi ayam berkokok ni.

    ReplyDelete
  4. Berbanding ayam jantan, jantan-jantan sekarang tak ramai yang berani berkokok di depan isteri tersayang...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved