Kakitangan Awam Bakal Terima Kenaikan Gaji Sebanyak 5 Peratus Tahun Depan

on 1 November 2012

Penjawat Awam Bakal Terima Kenaikan Gaji Sebanyak 5 Peratus Tahun Depan | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... Awal-awal pagi nie memang seronok bila dapat baca berita tentang kenaikan gaji bagi penjawat awam. Mungkin ramai penjawat-penjawat awam di luar sana yang berasa seronok bila mendengar perkabharan ini. 

Kakitangan Awam Bakal Terima Kenaikan Gaji Sebanyak 5 Peratus Tahun Depan
Gambar hiasan
Menurut bharian.com.my, kira-kira 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam dijangka menerima kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus (5%) mulai tahun depan.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan yang masih dalam peringkat kajian itu bakal merentasi semua peringkat. Proses penilaian semula skim itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan.

Antara fokus utama dalam kajian itu adalah melihat semula skim kenaikan gaji tahunan bagi kakitanga yang sudah mencapai tahap gaji terakhir mengikut kategori masing-masing.
"Kita akan melihat semula perkara itu termasuk mungkin akan menetapkan tempoh yang lebih panjang supaya gaji kakitangan akan terus naik. Jika mereka mencapai tempoh untuk kenaikan pangkat, ia akan lompat kepada gred lain dan kenaikannya juga akan diteruskan lagi," kata Ali Hamsa
Maka dengan itu, ucaplah Alhamdulillah!. jangan asyik nak merungut saja sebab gaji kecil tapi usaha dan kesungguhan tak banyak mana pun. Kalau nak gaji besar kena usaha lebih gigih dan kerjalah dengan ikhlas serta amanah. Banyakkan senyuman di hadapan pelanggan... ^_^
Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. Alhamdulillah syukur nikmat..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....syukran..

    ReplyDelete
  3. ya betoll... jgn dok befb je... kat ofis

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved