Agensi Angkasa Negara Nafi Bumi Akan Bergelap Selama Tiga Hari

on 10 November 2012

Agensi Angkasa Negara Nafi Bumi Akan Bergelap Selama Tiga Hari | Sebelum ini kita pernah dihebohkan mengenai laporan bumi akan bergelap selama tiga hari. Laporan berkenaan tersebar luas menerusi pelbagai medium termasuk blog. Namun laporan tersebut dinafikan oleh Agensi Angkasa Negara (Angkasa).

Agensi Angkasa Negara Nafi Bumi Akan Bergelap Selama Tiga Hari

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menafikan laporan blog yang mendakwa bumi akan bakal bergelap selama tiga hari bermula 23 Disember, berikutan kedudukan bumi, matahari serta pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.

Dalam laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap Dark Dust Clouds yang berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi.

Berikutan senario itu, ada yang berpendapat bila bumi, matahari serta pusat Galaksi selari (sejajaran) maka bakal berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari serta pusat galaksi hingga boleh menyebabkan kemusnahan alam semesta.

Agensi Angkasa Negara Nafi Bumi Akan Bergelap Selama Tiga Hari

Selain itu, mereka juga turut mendakwa bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi bakal bergelap.

Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu sejauh 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan graviti adalah amat kecil.
"Awan-awan debu gelap akan menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi dan bukannya menghalang matahari daripada di lihat dari bumi"
Malah menurut Angkasa. terdapat video NASA di YouTube yang telah disalahgunakan oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Takbir NASA, Charles F. Bolden, Jr telah memberi penerangan berkaitan persediaan peribadi serta keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya.
"Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video itu dengan artikel "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012"
Jadi, dari apa yang kita ketahui, kita sepatutnya perlu menyiasat sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum kita mengambil tindakan atau mempercayainya. Takut-takut nanti kita tersalah maklumat dan tertipu. ^_^
Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. Semoga Allah panjangkan umur kita semua

    ReplyDelete
  2. @baby comel Amiinnn.. tapi bersiap sedia tu kan bagus... ^_^

    ReplyDelete
  3. siapalah yg mula2 buat entry bergelap ni yekkkk :)

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved