Suami Tangkap Isteri Sedang Berkhalwat

on 24 October 2012

Suami Tangkap Isteri Sedang Berkhalwat | Astagfirullah Alazim! apa nak jadi dengan orang sekarang nie. Inikah janji seorang isteri untuk menjaga maruah diri, suami dan keluarga. Kasih sayang seorang suami dibalas dengan kecurang seorang isteri di belakangnya. Punah kebahagian dan harapan seorang suami terhadap isteri.

Suami Tangkap Isteri Sedang Berkhalwat

Begitulah kecurangan seorang isteri bila suami keluar mencari rezeki dan isteri pula bermain cinta dengan lelaki lain. Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja mencari nafkah untuknuya.

Namun apa yang mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan 'kekasih gelapnya' di pangsapuri mereka di Ayer Keroh pada Ahad lalu.

Si  suami malang itu hanya mahu dikenali seagai Salman, 36, berkata, berasa geram dengan kejadian berkenaan lali dia bergegas ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguatkuasa itu menangkap isterinya dan lelaki terbabit.

Menurut Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas bateri telefon bimbit berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam untuk mengambbil alat tersebut. Tambah Salman, beliau yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang lewat kerana bertugas di luar kawasan.

"Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri yang ketawa beresama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra," menurut Salman.

Nota: Perkara macam sebegini sepatutnya oleh dielakkan dan seorang isteri pula sepatutunya sudah tahu tanggungjawab beliau sebagai seorang yang bergelar isteri. Lagipun, syurga bagi seorang isteri itu di bawah kaki suami. 
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. tidak sepatutnya..berdosanya seorg isteri itu..

    ReplyDelete
  2. Mnusia akhir zaman..yg sptutnya dksihi suami tp dcurahkn pd llki yg xsptutnye..ppuan ni xtkot pd hkum agama ke?mntak2lh prkra sbgini djauhkn dr ku..

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved