Ngeri! Pelajar Tingkatan 4 Temui Ajal, Motor Terputus Dua | KIJAL – Seorang pelajar tingkatan 4 menemui ajal dalam keadaan mengerikan dalam satu kemalangan setelah motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta BMW, di Kilometer 136.2 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Gerai Lemang Kijal, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Che Ku Mohd Shafiq Asmawi Che Ku Mohd Sani, 16, yang beralamat di Taman Air Jerneh, Kemasik tengah dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan, mati serta merta di tempat kejadian.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Baru Kerteh itu yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 Dream, telah dipercayai berlanggar secara berdepan dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan dan menyebabkan mangsa tercampak ke tepi jalan.
Sejurus kemalangan itu, motosikal yang ditemui kira-kira 42 meter dari tempat mangsa yang juga anak sulung dari 4 beradik terbaring.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, akibat pertembungan itu motosikal yang dinaiki mangsa terputus 2, sementara kereta BMW yang dinaiki seorang kontraktor remuk teruk di bahagian depan sebelah kanan.
“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman bagi dibedah siasat dan hasil pemeriksaan didapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan parah dibahagian dada kanan serta paha kanan. Jenazahnya dituntut ahli keluarga kira-kira jam 2 pagi. Namun, punca kemalangan masih dalam siasatan. Kita berharapkan orang awam yang melihat kejadian tersebut tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan,”
Mereka yang mempunyai maklumat boleh datang ke balai polis berdekatan ataupun boleh menghubungi talian 09-859 2222. Sumber: forblogger
Nota: Memang ngeri kemalangan motor nie erk. Macam takut pula nak tunggang motor kalau macam nie sebab ada adik kepada kawanku meninggal dunia juga sebab accident motor masa dalam perjalanan nak ambil kertas SPM yang terakhir. Apa-apa pun, Al-Fatihah buat beliau... Ingat !!! Hati-hati ketika memandu/menunggang kenderaan, ingatlah orang yang tersayang!!!
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment