Yana Samsudin Pijak Dan Tumbuk Stuntman

on 2 September 2012

Yana Samsudin Pijak Dan Tumbuk Stuntman | Pergh, ganas juga si Yana nie ya?! Tapi jangan terus buat spekulasi melulu, kita siasat apa sebenarnya yang berlaku. Hal ini terjadi disebabkan kerana Yana terlalu menjiwai watak Manja dalam drama bersiri "Bini-Bini Perkasa", Pelakon berbakat Yana Samsudin telah mencederakan dua orang pelagak aksi ngeri atau stuntman ketika menjalani penggambaran drama tersebut baru-baru ini.

Yana Samsudin Pijak Dan Tumbuk Stuntman

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Yana ketika ditemui pada Majlis Sesi Ramah Mesra Bersama Pelakon ‘Bini-Bini Perkasa’, di Sri Pentas Bandar Utama, baru-baru ini.
“Dalam drama adaptasi dari filem ‘Bini-Biniku Gangster’ ini, babak berlawan dan lebih banyak diaksikan, di mana terdapat lebih kurang 26 babak gaduh dan berlawan yang perlu saya lakukan. Tidak dinafikan, babak dalam drama ini lebih berat apatah lagi ia dilakukan ketika bulan puasa.
“Sewaktu penggambaran itu, saya juga telah mencederakan dua orang stuntman di mana seorang saya terpijak mukanya manakala lagi seorang saya tertumbuk di kepalanya,” ujar Yana menceritakan pengalaman yang membuatkannya akan lebih berhati-hati selepas itu.
Berkongsi mengenai pengalamannya berlakon di samping Fezrul Khan, Yana memberitahu,
“Ada beza berlakon dengan Fezrul kali ini kerana sebelum ini saya dah biasa dengan dia untuk watak serius. Saya suka Fezrul Khan punya komedi di mana komedinya lebih lain dari Sam dalam filem.”
Selain Yana dan Fezrul, pelakon lainnya yang bakal membintangi drama bersiri ‘Bini-Bini Perkasa’ ini ialah Intan Ladyana, Fadzil Zahari, Nizam Zaidi, Alex Yanz, Epy, Along Ezendy, Zul Suphian, Ruzaidi Abd Rahman, Zaidi Omar dan Afira Liyana.

Drama terbitan MIG Production ini bakal disiarkan bermula pada 3 September 2012, setiap hari Isnin jam 9.00 malam menerusi slot Aksi TV3. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Ismail Bob Hashim. Bagi yang terlepas menonton drama ini boleh melayari laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan layari Facebook serta Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved