Wanita 2 Wajah - Sekejap Muda, Sekejap Tua

on 11 August 2012

Wanita Dua Wajah - "Sekejap Muda, Sekejap Tua" | Cerita gadis berusia 19 tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Nurul mendedahkan perbuatan khurafat ibunya yang mengamalkan ilmu hitam hanya untuk mendapatkan wang dengan menipu orang ramai. Beliau menceritakan perkara tersebut pada sidang media di Biro Pengaduan Awam MCA.

Wanita Dua Wajah - Sekejap Muda, Sekejap Tua

Bukan itu sahaja, Nurul juga turut mendakwa wajah ibunya yang berusia 47 tahun itu boleh berubah-ubah, kadang-kadang muda dan kadang-kadang tua. Nurul ditemani oleh suaminya mengadakan sidang media itu bersama tujuh individu lain yang menjadi mangsa penipuan ibunya yang membabitkan kerugian lebih RM20,000.

Berikut adalah cerita Nurul:-
“Sejak kecil saya melihat ibu lakukan pemujaan di rumah ibadat bukan Islam dan saya pernah lihat ada darah, kuku dan jarum dalam tiga mangkuk berasingan tersimpan di bilik yang digunakan ibu untuk berubat. Malah, ibu turut menggunakan al-Quran untuk menipu orang. Jadi, saya tidak sanggup lagi melihat amalan khurafat dilakukan ibu dan tidak mahu lebih ramai menjadi mangsanya.”
Note: Jangan disebabkan duit kita sanggup menipu orang ramai dan melakukan perkara yang sangat dibenci oleh Allah. Lagipun duit yang kita dapat dari jalan yang tidak diredhai oleh-Nya tak akan berkat bahkan akan menyusahkan diri kita sendiri kelak. Berfikir-fikirlah sebelum bertindak. 
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. Ya Allah, takut nak dengar cerita tentang org yg ada ilmu hitam ni, xtakut balasan tuhan agaknya kan

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved