Pelajar IPT Bangga Tiada Dara | Apa nak jadi dengan remaja sekarang nie ? Sekolah saja tinggi-tinggi tapi akhlak tak mencerminkan seorang yang berpendidikan. Adakah ini pengaruh rakan-rakan atau persekitaran ?
KOTA BHARU – Mereka adalah penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila mereka aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan tidak bermoral ini dengan perasaan yang bangga.
Tanpa mempedulikan dosa, maruah keluarga dan masa depan rumah tangga, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.
Malah, sesiapa ahli yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.
Akibatnya, salah seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment