Khairul Fahmi (Apex) Terlibat Dalam Kemalangan

on 26 August 2012

Khairul Fahmi (Apex) Terlibat Dalam Kemalangan | Penjaga gol Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mengalami cedera ringan selepas terbabit kemalangan jalan raya di Kampung Badak, Bachok, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, Khairul Fahmi atau Apex dalam perjalanan pulang selepas beraya di rumah saudaranya di Bachok sebelum sebuah kenderaan lain ketika keluar dari simpang jalan.

Audi Apex Kemalangan

Beliau yang memandu kereta jenis Audi milik bapanya, Che Mat Hussain itu bagaimanapun hanya cedera ringan di tangan kanan. Katanya, dia masih terkejut dan tidak menyangka perkara ini boleh berlaku. Bagaimanapun, dia bersyukur kerana terselamat dan tidak terbabit dengan kecederaan serius.

Beliau berkata, laporan polis sudah pun dibuat dan polis sedang menjalankan siasatan berhubung kemalangan itu. Apex juga berkata, beliau tidak dapat bersama Kelantan berdepan Kedah malam semalam berikutan kecederaan yang dialami ketika bertemu dengan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Terengganu, Rabu lalu. Katanya lagi, beliau terpaksa berehat untuk memulihkan kecederaan ini dan berharap ia tidak berlarutan agar dia dapat beraksi semula membantu Kelantan pada perlawanan lain yang akan datang.

Menurut sumber yang diperoleh dari laman twitter Astro Awani, Khairul Fahmi Che Mat Atau lebih dikenali dengan nama Apek telah cedera dalam satu kemalangan selepas kereta yang dipandunya terbabas di Kampung Badak, Bachok Kelantan tengah malam kelmarin.

Twitter Apex Kemalangan

Selain itu, Kelantan FA melalui akaun Facebook mereka telah mengirimkan sekeping gambar kereta berjenama Audi yang didakwa milik Apek yang terlibat dalam kemalangan semalam.
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. pergh..audi dia bawak?

    ReplyDelete
  2. @boni kacak Biasalah, duit banyak bah... saya ucapkan Apek cepat sembuh...

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved