Wang Kertas Baru Digunakan Isnin Ini

on 13 July 2012

Wang Kertas Baru Digunakan Isnin Ini ? Wang kertas baru itu dilengkapi dengan teknologi wang kertas terkini untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan.

Teknologi baru ini termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan, Khamis.

Wang Kertas Baru Digunakan Isnin Ini

Bertema “Keunikan Malaysia”, wang kertas terbaharu itu diinspirasikan daripada kepelbagaian budaya, warisan dan alam semulajadi negara. Bank Negara berkata mereka yang cacat penglihatan juga boleh menggunakan ciri-ciri spesifik seperti pengenalan sentuhan untuk mengenalpasti dan membezakan not berlainan.

Siri wang kertas baharu itu adalah dalam not RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Wang kertas RM20 diperkenalkan semula dalam siri baharu ini dan substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.

Bank Negara menggalakkan semua syarikat berkaitan untuk mempercepatkan adaptasi mesin mereka untuk menerima wang kertas siri baharu ini untuk kemudahan orang ramai. Wang kertas siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama wang kertas sedia ada yang kekal sah. -Forblogger

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved