Video Perjanjian Damai Anzalna Dan Neelofa

on 3 July 2012

Neelofa Terima Maaf Dari Anzalna | Semalam berlangsungnya majlis pengumuman maaf secara terbuka yang dianjurkan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) bagi melerai krisis dua pelakon muda, Anzalna Md Nasir, 24, dengan Neelofa Mohd Noor, 23, di sebuah hotel di Damansara, Petaling Jaya. Anzalna yang bersetuju dengan syarat yang dikenakan Neelofa perlu membuat permohonan maaf secara terbuka untuk membersihkan nama Neelofa.

Video Perjanjian Damai Anzalna Dan Neelofa

‘Drama’ dua pelakon muda ini bermula kira-kira jam 1.45 petang. Selepas menunggu hampir sejam, Presiden SENIMAN, Zed Zaidi mengambil tempat duduk di antara Anzalna dan Neelofa. Turut hadir, peguam kedua-dua artis terbabit. Anzalna kemudian menandatangani dokumen yang dikatakan surat aku janji yang disediakan SENIMAN disusuli kenyataan permohonan maaf. Namun, ucapan Anzalna terhenti apabila Neelofa menghulurkan kertas yang perlu dibacakan di depan wakil media.

Anzalna membaca kenyataan itu yang berbunyi :
Saya Nur Anzalna Md Nasir di atas nasihat Persatuan Seniman Malaysia dengan ini memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Minggu pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya. Saya akui tidak mempunyai bukti yang kukuh ketika mengeluarkan kenyataan di akhbar tersebut.Sejujurnya saya tidak bermaksud apa-apa dan tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa daripada kenyataan itu.
Anzalna yang dilihat menitiskan air mata, pulang lebih awal dan Zed Zaidi juga meminta semua pihak tidak memanjangkan isu berkenaan. 

Video Perjanjian Damai Anzalna Dan Neelofa

Untuk memuaskan hati anda semua, sila layan video yang telah dirakam Harian Metro semasa berlangsungnya perjanjian damai antara Anzalna dan Neelofa semalam. Untuk makluman, mereka berdua didapati tidak bersalam selepas sesi permohonan maaf dan mengelakkan diri daripada bergambar bersama. kredit: Beautifulnara

Video Perjanjian Damai Anzalna Dan Neelofa


Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved