Uncle Seekers Ditahan Semula

on 12 July 2012

Uncle Seekers Ditahan Semula | Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, 46, yang tempoh tahanan reman mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 berakhir semalam, ditahan semula sejurus dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan pada kira-kira jam 7 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948. Majistret Maslinda Selamat membenarkan polis menahan reman Syed Abdullah selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Hasutan 1948

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Ismail Yatim pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor mengesahkan perkara terbabit dan penahanan itu dibuat berikutan laporan polis dibuat seorang lelaki pada 4 Julai lalu. Sumber: BHarian
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved