Lubang Besar Misteri Tiba-Tiba Terbentuk Di China

on 7 July 2012

Rahsia Lubang Besar Misteri Di China | Lubang berkeluasan 30 meter persegi itu tiba-tiba terbentuk pada laluan paling sibuk iaitu lebuh raya di jalan Xiangjiang, wilayah Hunan, China. Sepasukan polis terpaksa melakukan operasi mencari dan menyelamat kerana ada mangsa yang terperangkap ke dalam lubang berkenaan.


Menurut laporan media di China, kejadian yang berlaku pada lewat malam itu turut meranapkan sebuah kereta dan meragut seorang pemandu akibat terjerlus ke dasar lubang besar berkenaan. Kemungkinan juga kereta jenis BMW berkenaan ada membawa 3 penumpang bersamanya.


Menurut anggota penyelamat, mangsa yang terperangkap itu, gagal diselamatkan selepas usaha mengenal pasti dasar lubang tersebut menemui jalan buntu. Justeru itu, bagi mengelakkan kemalangan berulang, pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup jalan berkenaan dan siasatan kemunculan lubang misteri berhampiran sungai Viangjiang itu sedang dilakukan. Sumber: ammboi.com
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. waaawwww.... besar banget...

    ReplyDelete
  2. wah.. besarnya lubang.. hurm. ni lah kuasa Allah.. manusia dah merasa ciptaan mereka hebat, tapi sama sekali tidak dapat melawan kuasa Allah..

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved