Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Dunia...
Lelaki Mengamuk Di Perkarangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mati Ditembak Polis | Berita gempar dan membuatkan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) kecoh gara-gara seorang lelaki dan wanita mengamuk dengan melibaskan pedang samurai. Lelaki tersebut yang menggelarkan dirinya 'Imam Mahadi' mati ditembak polis.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi hamid, 47, dan pasangannya, 28, yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan setelah cuba dihalang oleh polis bantuan tetapi gagal kerana suspek lelaki mengacukan pedang ke leher anggota polis bantuan.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas dengan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis cawangan pencegahan jenayah yang tiba ditempat kejadian turut diserang kedua-dua suspek dengan pedang samurai sehingga kereta mereka mengalami kerosakan dan cermin kereta pecah.
Sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MVP) Putrajaya yang tiba selepas itu cuba memujuk suspek tetapi diserang pada jarak dekat dengan menggunakan pedang samurai. Akibatnya, seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan yang terkena dibahagian kanan dan bahagian ari-ari lelaki itu manakala suspek wanita terkena tembakan dibahagian paha kanan.
Motif kejadian masih lagi dalam siasatan. So, jangan buat spekulasi sendiri erk. kredit info dan gambar : BHarian dan Enciknakal
apa lah punca dia ni mengamuk ye??
ReplyDelete