Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M)

on 4 July 2012


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) | Ini merupakan berita baik buat seluruh warga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara apabila semalam Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melancarkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Kad itu akan diagihkan bermula sesi pengajian September 2012 ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup pelajar IPT.

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M)

Kira-kira 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan. Pelancaran kad diskaun itu adalah idea mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah. Bagi mendapatkan diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bersama kad pengenalan sahaja. KDS1M terhad kepada tempoh masa pengajian saja dan pelajar tidak perlu memohon, sebaliknya diberi secara automatik bila maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank Rakyat. Maklumat lanjut mengenai KDS1M boleh didapati di www.1pengguna.com.

Info Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) :
  • Dikeluarkan Bank Rakyat
  • Diberi percuma
  • Diskaun 5 hingga 60%
  • Disertai 51 syarikat
  • Secara automatik, tidak perlu pohon
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. bln 9 bru dapat..pas nie p bcuti dpt sparuh harga la erk

    ReplyDelete
  2. @ikaa Lama lagi... so, lepas nie senang lah sikit dan dapatlah berjimat....

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved