Jongkong Emas Bernilai RM2 Juta Menanti Pemain Emas Olimpik

on 11 July 2012

Ganjaran Jongkong Emas Bernilai Rm2 Juta Untuk Pemain Badminton Negara | Presiden Kuala Lumpur Rackets Club (KLRC) Datuk Seri Andrew Kam berkata beliau akan menyerahkan jongkong emas seberat 12.5kg bernilai lebih RM2 juta itu kepada pemenang pingat emas. Walaubagaimanapun, jika terdapat lebih daripada dua pemenang pingat emas, jongkong emas itu akan dibahagikan sama rata.

Beliau telah mengumumkan ganjaran yang bakal diterima pemain badminton Malaysia yang menyumbangkan pingat emas kepada negara pada Sukan Olimpik London akan datang. Insentif jongkong emas itu hanya diberikan kepada pemain badminton kerana beliau meminati sukan berkenaan.

Melontarkan cabaran kepada pemain badminton negara meraih pingat emas pertama Malaysia di Olimpik, beliau berkata tumpuan rakyat Malaysia ialah terhadap pemain badminton kerana peminat meminati sukan berkenaan. Datuk Seri Andrew Kam yang memiliki lombong emas di Raub, Pahang yakin pemain Malaysia mampu menyumbangkan emas untuk negara.

Jongkong Emas Bernilai RM2 Juta Menanti Pemain Emas Olimpik

Secara peribadi, beliau berpendapat Datuk Lee Chong Wei masih menjadi taruhan terbaik Malaysia untuk meraih pingat emas pada Sukan Olimpik. Namun katanya, negara juga boleh bergantung kepada beregu campuran (Chan Peng Soon-Goh Liu Ying) dan beregu lelaki (Koo Kien Keat-Tan Boon Heong) juga berpotensi dan antara pemain berpengalaman. Pemain badminton negara akan berlepas ke London pada Khamis ini, sebagai penyediaan terakhir mereka di Universiti Bath. kredit info kepada ammboi.

p/s: Mesti bersemangat wajalah para pemain-pemain badminton negara kita dengan berita ini. Harap mereka dapat berjuang habis-habisan untuk meraih emas pertama Malaysia dalam sukan Olimpik ini. Walaubagaimana pun kita kena ikhlas dalam melakukan apa-apa jua tugas tanpa sebarang balasan sekalipundan ganjaran itu adalah nombor 2 selepas misi kita. Malaysia Boleh !!!
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved