Jadual Perlawanan Badminton Olimpik London 2012

on 24 July 2012

Jadual Perlawanan Badminton Olimpik London 2012


Jadual Perlawanan Badminton Olimpik London 2012 | Berikut merupakan Jadual Perlawanan Badminton Peringkat Kumpulan Olimpik London 2012. Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mendapat laluan selesa apabila diundi bersama pemain nombor 45 dunia, Ville Lang dari Finland dalam kumpulan A pada temasya Olimpik, London yang bermula Jumaat, 27 Julai 2012.

Bagaimanapun bukan mudah buat beregu lelaki Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong serta beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying apabila masing-masing perlu menempuh laluan sukar pada peringkat ’round-robin’ kejohanan. Koo dan Tan dijadualkan bertemu dengan beregu nombor satu dunia Chung Jae Sung/Lee Yong Dae dari Korea Selatan selain bertemu beregu Indonesia Howard Bach/Tony Gunawan dan Naoki Kawamae/Shoji Sato dari Jepun dalam kumpulan D.

Beregu campuran, Chan dan Goh pula dijadualkan bertemu dengan beregu nombor dua dunia Xu Chen/Ma Jin dari China, Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam dari Thailand dan Chen Hung Ling/ Cheng Wan Hsing dari Taiwan dalam kumpulan D.

Mengikut format baharu acara badminton yang bermula dengan edisi Sukan Olimpik di London, pada pusingan awal bagi acara perseorangan, pemain akan dibahagi kepada 16 kumpulan dengan setiap kumpulan dibarisi empat pemain yang bersaing dalam perlawanan round robin. Hanya juara setiap kumpulan kemudian akan bersaing dalam pusingan kalah mati. Bagi acara beregu, 16 pasangan akan bersaing dalam empat kumpulan menerusi pusingan round robin sebelum dua gandingan terbaik dari setiap kumpulan mara ke pusingan kalah mati. kredit kepada ammboi.com.

Perseorangan Lelaki


Kumpulan A
  1. Lee Chong Wei
  2. Ville Lang

Perseorangan Wanita


Kumpulan B
  1. Tee Jing Yi
  2. Bae Yoen Ju
  3. Allegrini Agnese

Beregu Lelaki


Kumpulan D
  1. Koo Kien Keat / Tan Boon Heong
  2. Chung Jae Sung / Lee Yong Dae
  3. Howard Bach/Tony Gunawan
  4. Naoki Kawamae/Shoji Sato

Beregu Campuran


Kumpulan D
  1. Chan Peng Soon / Goh Liu Ying
  2. Xu Chen/Ma Jin
  3. Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam
  4. Chen Hung Ling/ Cheng Wan Hsing

*Hanya juara setiap kumpulan kemudian akan bersaing dalam pusingan kalah mati.

JADUAL PERLAWANAN BADMINTON OLIMPIK LONDON 2012 (PEMAIN MALAYSIA SAHAJA)


Lee Chong Wei (MAS) vs Ville Lang (FIN)
[21 - 8 | 14 - 21 | 21 - 11]

Bae Yoen Ju (KOR) vs Tee Jing Yi (MAS)
[16 - 21 | 21 - 15 | 21 - 12]

Tee Jing Yi (MAS) vs Allegrini Agnese (ITA)
[21 - 7 | 21 - 14]

Koo Kien Keat / Tan Boon Heong (MAS) vs Chung Jae Sung / Lee Yong Dae (KOR)
[16 -21 | 11 - 21]

Koo Kien Keat / Tan Boon Heong (MAS) vs Howard Bach/Tony Gunawan (USA)
[21 - 12 | 21 - 14]

Koo Kien Keat / Tan Boon Heong (MAS) vs Naoki Kawamae/Shoji Sato (JPN)
[21 - 12 | 21 - 14]

Chan Peng Soon / Goh Liu Ying (MAS) vs Xu Chen/Ma Jin (CHN)
[21 - 14 | 21 - 8]

Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (MAS) vs Sudket Prapakamol/Saralee Thoungthongkam (THA)
[16 - 21 | 15 - 21]

Chan Peng Soon / Goh Liu Ying (MAS) vs Chen Hung Ling/ Cheng Wan Hsing (TAIPEI)
[12 - 21 | 21 - 6 | 15 - 21]

[TARIKH DAN WAKTU PERLAWANAN AKAN DIUPDATE KEMUDIAN]
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved