Ditipu beli Baju Kurung Di Laman Facebook

on 28 July 2012

Ditipu beli Baju Kurung Di Laman Facebook

Ditipu beli Baju Kurung Di Laman Facebook | Inilah akibat terlalu yakin dengan pembelian dalam dunia maya. Memang banyak sudah kes penipuan yang berlaku dengan pembelian online ini. Saya turut bersimpati terhadap lima rakan sekerja ini kerana mendakwa ditipu oleh sebuah kedai pakaian di laman sosial facebook yang menawarkan harga yang murah bagi sehelai baju kurung. Hasrat mereka untuk melaram baju kurung baharu untuk Aidilfitri berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima.


Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.

Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut selepas dua hari membuat bayaran.

“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini semalam.

Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba moden berlabuci.

“Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga kepada RM50 sepasang,” ujarnya. - Kosmo Online
Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. banyak bersabar lah...hehehe

    ReplyDelete
  2. Itu yang buat Cik Zai malas nak beli on9 ni..

    ReplyDelete
  3. ni la punca2 yang menyebabkan orang yang betul2 bisnes secara halal di dunia maya terjejas pendapatan dorang. disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. rasa bengang pulak dengan orang yang menipu ni

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved