Pesanan Bellamy Buat Nazmi Faiz - Dengar Baik-Baik Tu Nazmi

on 3 June 2012

Assalamualaikum...
Pesanan Bellamy Buat Nazmi Faiz - Dengar Baik-Baik tu Nazmi

Nazmi Faiz merupakan seorang yang berbakat besar dalam dunia bola sepak dan mungkin suatu hari nanti dia akan popular, itu semua kita tak tahu. Semua rakyat Malaysia dah tahu tentang pengikatan kontrak Nazmi Faiz Mansor dengan kelab dari Portugal, SC Beira-Mar selama tiga tahun. Harap Nazmi buat yang terbaik dan bila dah famous nanti jangan lupa orang tua dan tempat di mana ,kau bermula. 

Ini merupakan pesanan Craig Bellamy kepada Nazmi Faiz. So, Nazmi dengar baik-baik pesanan tu ya :-

"Saya ingin menasihatkannya untuk tidak berputus asa, dan cuba sedaya upaya untuk sering meningkatkan diri. Hargai dan sentiasa mengingati rakan-rakan, ahli keluarga dan cuba sedaya upaya dan buat apa yang mampu, dan ingati ia hanya satu permainan."
"Jika dia kembali ke Malaysia kerana tidak dapat terus kekal di sana, jangan ingat yang dia telah gagal. Jika dia dapat mencapai kecermelangan di Portugal, dia patut berpuas hati dan menikmati setiap detik. Dia adalah satu-satunya pemain pertama yang dapat ke sana [dari Asia Tenggara], ia satu penghormatan yang amat tinggi."
"Dia telah mencapai lebih daripada apa yang dijangkakan. Dia harus hargai dan nikmati pengalaman berharga ini."
Video Pesanan Bellamy Buat Nazmi Faiz


Kredit to: ESPN
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

  1. tahniah dan penghargaan buat Nazmi Faiz ..

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved