Skuad muda negara (Malaysia B22) dilihat cukup garang apabila ‘mengerjakan’ Filipina 7-0 dalam aksi kedua Kumpulan G kelayakan Piala Asia Bawah 22 Tahun (B-22) di Stadium Aung San, Yangon, Myanmar. Kejayaan yang cukup bermakna namun jika pemain muda kita terleka mungkin pasukan kita akan terjerat dalam perangkap lawan seterusnya, Taiwan (Chinese Taipei) yang akan berlangsung pada esok, 28 Jun 2012.
Malaysia yang kini berkedudukan ditangga ke-3 Kumpulan G memerlukan kemenangan agar berpeluang cerah untuk merebut salah satu slot dalam kumpulan bagi melayakkan pasukan ke final Piala Asia (AFC) Bawah 22 Tahun (B22) tahun hadapan. Ong Kim Swee pastinya sudah menemui ramuan tersendiri untuk barisan pemainnya esok dan diharapkan Malaysia sekali lagi berjaya mengumpul 3 mata penuh.
Perlawanan Malaysia vs Taiwan (Chinese Taipei) 28 Jun 2012 akan dilangsungkan di Aung San Stadium bermula pada jam 4.45 petang (waktu Malaysia). Untuk makluman, tiada siaran langsung @ live streaming untuk perlawanan ini. Admin akan cuba update Keputusan Semasa Malaysia vs Taiwan (Chinese Taipei) 28 Jun 2012 untuk makluman bersama. So, jangan lupa ikuti entri selanjutnya nanti.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment