Datuk Aziz Satar Diserang Sakit Jantung Kini Dilaporkan Stabil

on 26 June 2012

Ini pula kisah mengenai seniman veteran kita, Datuk Aziz Satar, 87. Siapa yang tak kenal beliau yang merupakan pelakon yang terkenal dengan beberapa filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee antaranya Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan banyak lagi. Untuk makluman keadaan kesihatan beliau tidak berapa baik dan beliaukini sedang dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU), Hospital Ampang, selepas mengadu sakit dada dan tidak sedap badan pada Sabtu lalu.

Datuk Aziz Satar Diserang Sakit Jantung Kini Dilaporkan Stabil

Datuk Aziz Satar mengadu sakit dada selepas melakukan senaman pada satu program kesihatan yang diadakan pada hari tersebut. Menurut sumber berita, beliau telah dihantar ke Hospital Ampang oleh rakan-rakan yang pergi bersama dengannya pada program berkenaan. Katanya, Aziz atau nama sebenarnya Abdul Azez Satta kini dirawat di unit berkenaan dengan pemantauan sepenuhnya oleh pihak hospital. Apapun keadaannya kini dilaporkan stabil dan tidak ada perkara-perkara yang membimbangkan. Kridit info Ammboi.com.
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved