Kim Bum Popular Di Thailand

on 6 May 2012

Kim Bum popular di Thailand

Pemergiannya ke situ adalah untuk penggambaran iklan halwa keluaran negara berkenaan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pengiklanan tersebut, Kim Bum merupakan salah seorang selebriti yang menjadi pilihan ramai untuk dijadikan teman sempena Hari Memperingati Kekasih.

"Namanya cukup popular di sini dan hasil daripada tinjauan, ramai yang ingin menghabiskan masa bersamanya pada tarikh Hari Memperingati Kekasih.

"Walaupun tidak ada promosi yang dilakukannya namun namanya dikenali di Thailand menerusi drama Boys Over Flower yang disiarkan di sini," katanya.

Untuk penggambaran selama lima hari pada Februari lalu, Kim Bum ditampilkan dengan gaya kemeja berwarna biru langit dan bow tie.

Aktor itu turut memberi gaya intelek dengan penampilan yang menawan ketika mengenakan cermin mata.

Apabila mengetahui dia mempunyai ramai peminat di sana, Kim Bum yang sibuk menjalani penggambaran filem Miracle mengambil keputusan untuk menggunakan peluang itu bagi mempromosi kerjaya muziknya di sana.

KIM Bum jadi duta halwa di Thailand. - Utusan Online
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved