iPad Baru Lebih Hangat Dari Biasa

on 22 March 2012

Assalamualaikum......




Semua sudah sedia maklum yang generasi iPad terbaru ini sudah digilai ramai pengguna di seluruh dunia bahkan di Malaysia sehinggakan nilai jualannya sudah mencecah tiga juta unit walaupun baru dilancarkan seminggu. Tapi ingat, walau secanggih mana pun teknologi itu ianya pasti ada kelemahan. 

Memang tidak dijangka yang iPad 3 ini walaupun ianya mempunyai ciri-ciri terbaru dan canggih tapi sebenarnya iPad terbaru Apple agak hangat berlebihan untuk digunakan setelah sebuah pertubuhan pemantau pengguna mengingatkan kepada setiappengguna Apple semalam.

Nak tahu lebih lanjut silalah baca berita di bawah ini:

SAN FRANCISCO: Sebuah pertubuhan pemantau pengguna semalam mengingatkan, iPad terbaru Apple agak hangat berlebihan untuk digunakan.

Consumer Reports menyatakan, iPad generasi baru dengan pemproses lebih berkuasa itu boleh mencapai suhu 46.6 darjah Celsius, terutama apabila digunakan untuk permainan video.

Jurucakap Consumer Reports, James McQueen, berkata iPod terbaru itu lebih hangat berbanding versi sebelumnya.

“Orang ramai perlu berhati-hati.

“Kami tidak mendakwa produk itu berbahaya, tetapi pada suhu itu, ia boleh menyebabkan rasa tidak selesa,” katanya.

Menurut Consumer Reports, iPod generasi ketiga itu 12 darjah lebih hangat berbanding iPad 2 ketika berfungsi sebagai alat permainan video atau memuat turun fail besar, berpusat di satu sudut belakangnya. - AFP

Sumber: myMetro

Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. aduuhh hangat la plak.. tak bagus r gitu

    nanti cepat panas cepat rosak lak

    ReplyDelete
  2. @RazFiRa Yang penting pandai jaga... InsyaAllah akan bertahan lama... >.<

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved