Permohonan Kemasukan Ke IPTA dan Politeknik Premier Sesi Akademik 2012/2013 Bagi Lepasan SPM/Setaraf (FASA 1) Ditutup Pada 31 Disember 2011

on 28 December 2011

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...


Bagi semua lepasan SPM/setaraf 2011 yang ingin memohon untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awan (IPTA) dan Politeknik Premier sesi akademik 2012/2013 (FASA 1) diminta agar segera membuat permohonan kerana permohonan tersebut akan ditutup pada 31 Disember ini.

Menurut satu kenyataan daripada Kementerian Pengajian Tinggi, pengisian borang permohonan tersebut boleh dibuat secara dalam talian menerusi lama web www.upu.my yang dibuka sejak 16 November lalu.

Sebelum mengisi borang tersebut, pemohon perlu mendapatkan nombor ID masing-masing yang boleh dibeli di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin pengeluaran wang automatik bank berkenaan dengan harga RM10.60.

Setelah penyemak permohonan melalui laman web tersebut, pemohon perlu klik pada butang sah dan hantar untuk mengesahkan permohonan tersebut telah diterima.

Untuk semakan pada masa depan, pemohon dinasihatkan untuk mencetak maklumat permohonan agar apabila terjadi sesuatu yang tak diingini anda boleh backup permohonan anda.

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan itu, anda boleh merujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi melalui talian 03-8883 5858 atau melayari laman web http://upu.mohe.gov.my/


Sumber : Myadha
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved