Debut Pertama Nazmi Faiz - SC Beira Mar vs Porto

on 17 July 2012

Debut Pertama Nazmi Faiz - SC Beira Mar vs Porto

Nazmi Faiz Mungkin Akan Membuat Debut Pertama Buat SC Beira-Mar Hujung Bulan Ini | Pemain muda berbakat negara, Nazmi Faiz Mansor yang kini berada bersama kelab Portugal, SC Beira-Mar mungkin bakal membuat penampilan bersama kelab berkenaan dalam aksi persahabatan menentang Porto, hujung bulan ini.

Menerusi laporan media tempatan di sana, Pengurus Beira-Mar, Ulisses Morais tidak menolak kemungkinan menurunkan Nazmi agar pemain muda itu cepat menyesuaikan dirinya dengan pasukan.Sementara itu, ejen Marco Guimaraes berkata, Nazmi semakin menunjukkan perkembangan positif sepangjang seminggu sesi latihan bersama Beira-Mar. Beira-Mar dijadualkan menentang Academica Coimbra pada aksi pembukaan Liga Primeira Portugal, 19 Ogos 2012 depan.

note: Marilah kita sama-sama menyokong Nazmi semga beliau akan terus cemerlang di sana dan dapat mengangkat nama negara. Malaysia Boleh !!!
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. bangga gila dengan budak ni..hehehe. Malaysia Boleh!!

    ReplyDelete
  2. @Boni Kacak Assalamualaikum, kita memang patut bangga sebab Nazmi masih muda dah bermain dekat negara owang putih nie... harap dia berjaya kelak nanti... Boni koe tak nak kah jadi mcm Nazmi nie? hehhehe

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved