Showing posts with label PIDN. Show all posts
Showing posts with label PIDN. Show all posts

Semakan Keputusan Biasiswa JPA PIDN 2013 Ijazah Dalam Negara

on 22 October 2013

Semakan Keputusan Biasiswa JPA PIDN 2013 Ijazah Dalam Negara

Semakan Keputusan Biasiswa JPA 2013 Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) | Keputusan permohonan penajaan (biasiswa) JPA di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi tahun 2013 dijangka hanya akan diumumkan pada 15 November 2013 demikian menurut Portal Rasmi Pembangunan Modal Insan (esila) Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Semakan Keputusan Biasiswa JPA 2013 Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

  • Calon yang berjaya dalam permohonan akan menerima surat tawaranmelalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti masing-masing.
Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman portal eSila di pautan http://esilav2.jpa.gov.my/....

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2013 Program Ijazah Dalam Negara

on 9 September 2013

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2013 Program Ijazah Dalam Negara | Permohonan bagi penajaan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2013 boleh dilakukan mulai 9 September 2013 (jam 12.30 tengahari) sehingga 16 September 2013.

Permohonan Biasiswa PIDN JPA 2013 Program Ijazah Dalam Negara

Pemohon yang mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mulai Sesi 2013/2014 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terpilih untuk mendapatkan biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN


- Syarat-syarat Asas 

(i) Warganegara Malaysia; 

(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada atau sebelum 1 Januari 2013; 

(iii) Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(iv) Telah menerima tawaran kemasukan ke semester kedua (2) tahun pertama (1) pengajian atau tahun kedua dan ke atas di peringkat Ijazah Pertama dan mempunyai baki 2 tahun pengajian; atau

(v) Tahun pertama peringkat Diploma dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).


- Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)

1. SPM 2012
  • Minimum 7 A- termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu
  • Diploma
2. STPM
  • CGPA 3.50 (Minimum 4 subjekdengan gred minimum B)
  • Ijazah Pertama
3. STAM (di samping mempunyai SPM dengan kepujian dalam Bahasa Malaysia)
  • CGPA 3.50 (Minimum 10 subjek dengan gred minimum Jayyid Jiddan)
  • Ijazah Pertama
4. Matrikulasi/Asasi
  • CGPA 3.75
  • Ijazah Pertama
5. A-Level
  • 12 mata dan ke atas (Gred minimum B dalam 3 subjek)
  • untuk Ijazah Pertama
6. International Baccalaureate (IB)
  • 37 mata dan ke atas
  • Ijazah Pertama
7. Semester 1 / tahun sebelumnya
  • CGPA 3.50
  • Ijazah Pertama
8. Diploma
  • CGPA 3.50
  • Ijazah Pertama
Bagi mengetahui lebih banyak lagi syarat-syarat permohonan Biasiswa ini boleh klik link di bawah:



Permohonan boleh dilakukan di: 


CARA MEMOHON


Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) sahaja. Permohonan adalah percuma. Cara memohon adalah seperti berikut: 

(i) Pemohon boleh mengemukakan permohonan mulai 9 September 2013 dengan melayari laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://pidn.jpa.gov.my;

(ii) Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemas kini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan; 

(iii) Borang permohonan dalam talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses

(iv) Permohonan secara dalam talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2013”; 

(v) Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2013” sebagai bukti permohonan telah dibuat;

(vi) Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853453, 03-88853541 atau 03-88853532. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang (Isnin – Jumaat); dan 

(vii) Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang atau e-mel di alamat pidn2013@jpa.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 


Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 September 2013 (Isnin). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012

on 17 October 2012

Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012

Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa JPA PIDN 2012 | Keputusan permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2012 dijadualkan akan boleh disemak pada 18 Oktober 2012 bermula pada jam 5.00 petang.


Semakan Keputusan PIDN 2012

Semakan keputusan permohonan PIDN 2012 ini boleh dibuat seperti berikut;

  • Semakan juga boleh dibuat melalui sms, dengan cara taip:-

    JPA PIDN No.KP (Contoh: JPA PIDN 900701085984) dan hantar ke 15888.
Pertanyaan

Sila hubungi talian telefon 03 8885 3049 jika ada sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa tersebut. pada kebiasaannya semua calon yang berjaya akan menerima surat tawaran melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti masing-masing.
 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved