Milan Baros, Louis Saha dan Nicolas Anelka Jadi Buruan Johor Darul Takzim Gantikan Guiza

on 9 April 2013

Milan Baros, Louis Saha dan Nicolas Anelka Jadi Buruan Johor Darul Takzim Gantikan Guiza | Info terkini berkaitan pemburuan tiga pemain bola sepak bertaraf antarabangsa oleh Johor Darul Takzim setelah Guiza secara rasminya mengundurkan diri dari pasukan JDT. Antara pemain yang menjadi buruan JDT ialah Milan Baros, Louis Saha dan Nicolas Anelka. Ini baru kaw-kaw punya. Kalau salah seorang dari pemain tersebut berjaya diikat oleh JDT pasti sedikit sebanyak dapat meningkatkan imej Liga-M di arena bolasepak antarabangsa. Betul tak?

Menurut laporan Utusan Online, difahamkan Johor DT telah menyatakan tawaran secara rasmi kepada bekas penyerang Liverpool, Aston Villa dan Galatasaray iaitu Baros yang kini berusia 31 tahun dengan tawaran sekitar A$1 juta (RM3.05 juta) ke 1.5 juta(RM4.5 juta) setahun.

Milan Baros, Louis Saha dan Nicolas Anelka Jadi Buruan Johor Darul Takzim Gantikan GuizaCuma, segalanya bergantung kepada Baros yang kini beraksi di Liga Republik Czech bersama kelab, Banik Ostrava untuk menerima tawaran terbabit.

Dikenali antara penyerang paling prolifik Republik Czech selepas menjaringkan 41 gol dalam 93 penampilan, Baros dianggap antara pengganti paling sesuai untuk mengambil alih peranan Guiza di jentera serangan Johor DT.

Begitu dikenali di kalangan penyokong Liverpool, dia menjadi sebahagian tonggak The Reds ketika menjulang trofi Liga Juara-Juara pada musim 2004/05 apabila melakukan kebangkitan dramatik daripada ketinggalan 0-3 untuk mengikat AC Milan 3-3 sebelum menang melalui sepakan penalti 3-2.

Manakala Saha, bekas penyerang Manchester United yang mengikat kontrak jangka pendek selama enam bulan bersama Lazio pada musim ini akan kekal dalam radar Johor DT jika Baros menolak tawaran yang dikemukakan.

Selain itu, Anelka yang menyertai gergasi bola sepak Itali, Juventus selama lima bulan secara pinjaman dari kelab China, Shanghai Shenhua, juga dilihat antara pilihan terbaik kerana kontraknya akan berakhir pada bulan depan.

Satu lagi kuota pemain import Johor DT dijangka diisi oleh pemain import Johor dari Brazil, Andre Francisco yang telah memulakan latihan bersama Johor semenjak bulan lalu.

Guiza ditamatkan kontrak lebih awal oleh Johor DT kerana pemain itu hanya mempunyai kontrak berbaki empat bulan dan tidak sempat beraksi dalam saingan Piala Malaysia, sementara prestasi Del Nero tidak begitu memberangsangkan kerana sering berdepan masalah kecederaan musim ini.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved