Gambar Elfira Loy Memakai Tudung

on 28 December 2012

Gambar Elfira Loy Memakai Tudung | Ini merupakan gambar terbaru / terkini Elfira Loy yang kini sudah memakai tudung. Nampak comel saja Elfira guna tudung nie, kan... Betul tak ? Elfira sebelum ini memang terkenal dengan lakonannya dalam telemovie "Biar Mimpi Sampai Ke Bintang" dan juga cerita Elfira dengan Randy Panggalila. 

Gambar Elfira Loy Memakai Tudung

Kemunculan imej terbaru Elfira memang menjadi tumpuan media kerana dia sudah berubah. Menurut Elfira sendiri, dia berpenampilan sedemikian setelah rasa takut dengan mimpi kiamat yang dialaminya.

Jom kita ikuti tentang kisah Elfira Loy mula bertudung:
“Baru-baru ni saya mimpi tentang hari Kiamat. Dalam mimpi tu, saya dalam perjalanan ke masjid. Tiba-tiba ada batu bulat-bulat jatuh dari langit. Saya sangat takut. Saya terus cari mama. Tapi mama tak ada. Ahli keluarga yang lain juga tidak ada. Saya takut sangat. Kemudian saya tersedar. Saya terus lari ke arah mama dan menangis. Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya katakan yang saya mimpi hari Kiamat,”

Ranking: 5

{ 5 Comments... read them below or add one }

  1. kan comel kalau bertudung.....

    ReplyDelete
  2. semoga perubahan ini akan kekal sampai bila2..amin.. :)

    ReplyDelete
  3. elfira nampak sangat comel bila bertudung

    ReplyDelete
  4. ini bukan elfira loy. ini adik dia, ezlisa loy.

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved