(5 Gambar) Aida AF9 Kemalangan Teruk, Barang Berharga Dicuri

on 20 November 2012

(5 Gambar) Aida AF9 Kemalangan Teruk, Barang Berharga Dicuri | Satu berita terkini dan mengejutkan di mana selebriti Akademi Fantasia yang kini kian meningkat naik, Aida atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat mengalami kemalangan teruk di Lebuhraya Duke apabila kenderaan yang dipandunya berpusing sebanyak tiga kali sebelum melanggar pokok di tepi jalan.

Aida AF9 Kemalangan Teruk, Barang Berharga Dicuri

Difahamkan Aida kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dalam keadaan stabil serta masih menerima rawatan. Ahli keluarganya termasuk Fina turut hadir melawat di hospital.

Menurut sumber, kemalanga ini berlaku sebaik sahaja Aida selesai menjalani penggambaran dan menuju pulang ke rumah. Ketika itu Aida sedang memandu kereta model Mazda seorang diri dan secara tak sengaja Aida tertidur lalu mengalami kemalangan.

Lebih mengejutkan, selepas kemalangan berlaku, duit dan telefon bimbit model Samsung Tab Aida juga turut dicuri oelh mereka yang tidak bertanggungjawab.

P/S: Siapalah yang sanggup cuti duit dan Telefon Samsung Tab milik Aida tu erk?! memang orang tu tak ada hati perut langsung, bukannya nak tolong orang yang dalam kemalangan tapi nak curi barang pula. 

Aida AF9 Kemalangan Teruk, Barang Berharga Dicuri

Aida AF9 Kemalangan Teruk, Barang Berharga Dicuri

Aida AF9 Kemalangan Teruk, Barang Berharga Dicuri

Aida AF9 Kemalangan Teruk, Barang Berharga Dicuri


Ranking: 5

{ 5 Comments... read them below or add one }

  1. tak kenal pun dia ni ..tapi aku hanya ucapkan agar lepas ni bawak kereta hati2

    ReplyDelete
  2. Kesian nya aida. Moga dia xde pape nanti

    ReplyDelete
  3. adeh.. siap ada yang curik barang dia lagi??? hmm.. memang tak patut lah..

    ReplyDelete
  4. kcian aida semoga cpat sembuh ye

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved