Tarikh Cuti Berganti Persekolahan Sempena Hari Raya Haji 2012

on 4 September 2012

Tarikh Cuti Berganti Persekolahan Sempena Hari Raya Haji 2012 | Syawal belum lagi melabuhkan tirainya namun ada yang tidak sabar untuk mengira detik hari besar umat Islam, Hari Raya Aidil Adha @ Hari Raya Haji @ Hari Raya Korban.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Hari Raya Aidiladha 2012 jatuh pada 26 Oktober 2012 (Jumaat). Ini bermakna, cuti umum bagi negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu jatuh pada 26 dan 27 Oktober 2012 (Jumaat hingga Sabtu – 2 hari). Bagi negeri lain pula, hanya cuti umum pada 26 Oktober 2012 (1 hari).

Tarikh Cuti Berganti Persekolahan Sempena Hari Raya Haji 2012

Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan, Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidiladha 2012 diberikan pada 25 Oktober 2012 (1 hari) dimana ianya memberi peluang kepada seluruh masyarakat Malaysia yang memiliki anak sekolah. Anda boleh merancang perjalanan sebaiknya untuk mengelakkan kesesakan lalulintas dan sebagainya. Oleh itu, perancangan yang dibuat pihak kementerian berkenaan dan kerajaan sempena Hari Raya Aidilfitri baru-baru menjadi dan memudahkan kita untuk membuat perancangan perjalanan.

Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidiladha 2012 – Rasanya, pada kali ini juga pihak berkenaan akan mengkaji sehalusnya pernambahan cuti berganti untuk keselesaan semua. Mungkin akan ada update dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan admin akan kemaskini maklumat berkenaan disini juga.

Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. cuti lagi.malaysia ni banyak betul cuti.haha

    ReplyDelete
  2. @boni kacak itulah kelebihan hidup di Malaysia... kita boleh rehatkan minda dan fizikal juga... ambil kelebihan yg di berikan... (^_^)

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved