Wanita Malaysia Ketiga Paling Curang Di Dunia | Adakah ini betul-betul benar berlaku atau sekadar kajian rambang saja? Anda fikirkanlah sendiri wahai para wanita di luar sana. Jangan terus nak butthurt erk, baling laptop kerana rasa tak puas hati. menurut akhbar laman berita GhanaWeb yang memetik laporan akhbar China Press, wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia. Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.
ACCRA, Ghana – Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press.
Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.
Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus.
Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.
Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.
(Sumber)
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment