Semakan Online UTM Bagi Lepasan STPM Diumum 18 ogos 2012

on 18 August 2012

Semakan Online UTM Bagi Lepasan STPM Diumum 18 ogos 2012 | Calon lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) boleh menyemak status permohonan mereka mulai 12 tengah hari 18 Ogos 2012.

Semakan Online UTM Bagi Lepasan STPM Diumum 18 ogos 2012

Calon yang memohon boleh menyemak status permohonan dan mencetak surat tawaran itu di laman web rasmi UTM iaitu di :


Calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh hari selepas surat tawaran rasmi dikeluarkan dan pengesahan boleh dibuat melalui laman web yang sama.

Tarikh pendaftaran pelajar baru ke Program Sarjana Muda UTM ialah pada 2 September 2012 di Kampus UTM, Johor Baharu dan Kampus UTM Kuala Lumpur.

Manakala bagi calon yang tidak berjaya pula mereka boleh membuat rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi dikeluarkan melaui laman web:


Katanya jika tiada sebarang tawaran yang diterima daripada UTM sehingga 30 September ini, rayuan tersebut dianggap tidak berjaya. Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi Unit Kemasukan dan Rekod, Pejabat Pendaftar, UTM melalui e-mail azhara@upu.mohe.gov.my, http://jpt.uum.edu.my, http://jpt.unimas.edu.my danhttp://jpt.ums.edu.my.

Status permohonan juga boleh diketahui melalui sistem pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT (No. Kad Pengenalan) dan hantarkan ke 15888.
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved