Pasangan Pelik, Janji Berkahwin 22 Kali di Seluruh Dunia

on 12 August 2012

Pasangan Pelik, Janji Berkahwin 22 Kali di Seluruh Dunia | Macam-macamlah karenah manusia pada masa kini hanya untuk membuatkan mereka lain dari yang lain, kalau boleh nak masukkan nama mereka dekat book of record. Kalau kita dengar orang berkahwin empat macam dah biasa sudah tapi yang ini pelik sikit di mana pasangan ini berjanji akan berkahwin sebanyak 22 kali di seluruh dunia. Pelik itu memang pelik tapi itulah kenyataan.

Pasangan Pelik, Janji Berkahwin 22 Kali di Seluruh Dunia
Alex dan Lisa melakukan upacara pernikahan mengikut ada resam
penduduk di Guatemala.

LONDON – Agak pelik tetapi benar kisah Alex Pelling, 32, dan isterinya, Lisa Grant, 30, meraikan ikatan cinta mereka dengan berkahwin dalam 22 majlis di negara berlainan dan kini masih berbaki lapan majlis yang belum dilalui.

Pasangan yang bercinta lebih 11 tahun daripada Yorkshire, Britain memulakan pengembaraan sejak musim panas tahun lalu dengan melakukan 22 upacara pernikahan mengikut adat negara yang dijejaki.

Setakat ini, mereka melalui beberapa majlis pernikahan seperti dikelilingi ikan lumba-lumba di Hawaii, berpakaian pontianak di Los Angeles, pernikahan adat di kepulauan Honduras, di kebun anggur Quebec, di pantai Mexico, dan 15 lokasi lain di dunia. (Sumber)
Ranking: 5

{ 1 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved