Pandelela Rinong Kutip Gangsa, Pingat Kedua Malaysia

on 10 August 2012

Pandelela Rinong Kutip Gangsa, Pingat Kedua Malaysia

Pandelela Rinong Kutip Gangsa, Pingat Kedua Malaysia | Atlet penerjun wanita Malaysia Pandelela Rinong berjaya memperolehi pingat gangsa selepas menduduki tempat ketiga dalam acara final 10m Platform Wanita Individu (Women’s 10m Platform) pada Sukan Olimpik 2012 di London. Pingat emas untuk Chen Roulin peserta dari China dan perak Brittany Broben peserta dari Australia.

Walaupun ketinggalan pada terjunan ketiga berada pada kedudukan ke-10 tetapi Pandelela Rinong anak kelahiran Sarawak berjaya bangkit pada 2 terjunan terakhir mengumpul mata keseluruhan 359.20 sekaligus mencipta sejarah atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat di Sukan Olimpik. Seorang lagi penerjun negara iaitu Bryan Nickson Lomas akan beraksi dalam acara 10m Platform Individu Lelaki pada hari Sabtu 11 Ogos 2012 bermula pukul 2.00 pagi waktu Malaysia.

Pandelela Rinong Kutip Gangsa, Pingat Kedua Malaysia

Ini menjadikan pingat yang kedua untuk kontinjen Malaysia selepas Datuk Lee Chong Wei memperolehi pingat perak dalam acara badminton perseorangan lelaki.
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved