Nani Mungkin Akan Disingkirkan Dari MU

on 23 August 2012

Nani Mungkin Akan Disingkirkan Dari MU | Berikutan prestasi hambar Nani bersama Manchester United sejak kebelakangan ini, Nani mungkin disingkirkan dari MU.

Nani Mungkin Akan Disingkirkan Dari MU

Pemain sayap antarabangsa Portugal, Nani mungkin bakal disingkirkan oleh Manchester United berikutan aksi hambar ketika Manchester United tewas 0-1 kepada Everton.

Diberitakan juga, penyingkiran Nani tersebut berikutan dengan kedatangan pemain Ashley Young dan permainan Antonio Valencia yang dikatakan semakin matang.

Menurut sumber, Nani juga boleh melupakan hasratnya untuk menyambung kontrak baru dan mungkin dibenarkan untuk meninggalkan kelab itu dengan nilai perpindahan yang rendah.

Sumber dalaman United turut berkata: “Kelab tidak berasakan dengan prestasi hambarnya pada penghujung musim lalu, dia berhak untuk ditawarkan kontrak baru. Perlawanan bertemu Everton juga bukanlah prestasi terbaiknya.” Ashley Young dijangka akan menggantikan tempat Nani pada perlawanan Sabtu ini bertemu Fulham.

Sumber itu menambah: “Memang ada pertimbangan untuk menawarkan kontrak selama empat tahun kepadanya. Tapi di pihak Nani meletakkan permintaan yang sungguh tinggi.

“Kini United lebih gemar untuk membiarkannya sehingga musim perpindahan seterusnya kerana ketika itu, permintaannya mungkin turun sedikit.

Tetapi mereka tidak akan menjualnya kecuali jika mendapat tawaran luar biasa.” Kontrak Nani masih berbaki dua tahun. Zenit St Petersburg berminat untuk mendapatkan pemain itu tetapi United tidak akan menjualnya kecuali mendapat tawaran nilai perpindahan melebihi 25 juta (RM123 juta). (Sumber)

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved