Senarai Banduan Yang Menerima Pengampunan Sultan Johor

on 20 July 2012

Berikut adalah senarai nama banduan yang telah menerima pengampunan dari Sultan Johor semalam.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Pengampunan dari Sultan Johor kepada banduan tersebut diberikan sempena menyambut Ramadhan 1433 yang akan menjelang nanti. Ianya diberikan setelah mendapat persetujuan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor pada 19 Januari lepas.

Berikut adalah senarai banduan yang menerima pengampunan dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Senarai banduan yang menerima pengampunan:


Kes Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali (KHETS) di bawah Peraturan 54, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 diberi pengampunan dan perintah pembebasan kepada tujuh orang banduan.

1) Ismail Kassim, 53 (warganegara Indonesia) dijatuhi hukuman penjara seumur hayat dan 10 sebatan atas kesalahan rompakan dan menunjukkan senjata api di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – Banduan telah menjalani hukuman selama 29 tahun.

2) Shamsuddin@Botak@Bachik Baharin, 55, dijatuhi hukuman penjara seumur hayat dan enam sebatan atas kesalahan rompakan dan menunjukkan senjata api di bawah Seksyen 5 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – Banduan telah menjalani hukuman selama 37 tahun.

3) Mansur Tahir, 49, dijatuhi hukuman penjara seumur hayat dan 6 sebatan atas kesalahan rompakan dan menunjukkan senjata api di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – Banduan telah menjalani hukuman selama 30 tahun.

4) Shamsuddin Yaakob, 57, dijatuhi hukuman penjara seumur hayat dan enam sebatan atas kesalahan rompakan dan menunjukkan senjata api di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – Banduan telah menjalani hukuman selama 30 tahun.

5) Salleh Mion, 41, dijatuhi hukuman penjara seumur hayat dan 10 sebatan atas kesalahan rompakan dan melepaskan tembakan di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971. - Banduan telah menjalani hukuman selama 26 tahun.

6) Mohd Ali Nordin, 63, (warganegara Indonesia) dijatuhi hukuman penjara seumur hayat dan enam sebatan atas kesalahan rompakan dan menunjukkan senjata api di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – Banduan telah menjalani hukuman selama 22 tahun.

7) Jamil Moidin, 57, dijatuhi hukuman penjara seumur hayat dan enam sebatan atas kesalahan di bawah Seksyen 3 dan Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. – Banduan telah menjalani hukuman selama 31 tahun.

Pengampunan dibersihkan nama daripada rekod sabitan kesalahan yang lepas.


1) Yong Huie Perng, 45.

Pengampunan Hukuman Gantung Mati yang diberi pengampunan penuh dan perintah pembebasan.


1) Sapuan Hanin, 58, dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan mengedar dadah di bawah Seksyen 39 B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Banduan telah menjalani hukuman penjara 24 tahun sejak 1987. - 

Pengampunan Hukuman Gantung Mati yang diringankan hukuman kepada penjara sepanjang hayat (tiada tarikh bebas).


1) Zulkipli Arshad, 36, dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan dadah di bawah Seksyen 39 B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Banduan telah menjalani hukuman penjara 11 tahun.

2) Norhasnizam Abd Latif, 36, dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan dadah di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Banduan telah menjalani hukuman 14 tahun.

3) Abdul Rahman Akif, 57, dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan dadah di bawah Seksyen 39 B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Banduan telah menjalani hukuman penjara 16 tahun.

4) Ridwan Rusli, 42, dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan dadah di bawah Seksyen 39 B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Banduan telah menjalani hukuman penjara 8 tahun.

Kredit: forblogger.net

Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

  1. semoga lepas ni mereka akan insaf dan tak mengulangi lagi kesalahan lama itu... mereka patut berterima kasih kepada sultan johor ni

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved