E-Pangkat | Sistem Kenaikan Pangkat Guru Online KPM

on 30 June 2012


e-Pangkat | Sistem Kenaikan Pangkat Guru Online KPM | Ianya diwujudkan bertujuan untuk memudahkan urusan permohonan, kelulusan dan sebagainya dalam urusan kenaikan pangkat guru. Sebelum ini banyak masalah menyebabkan kenaikan pangkat guru tidak dapat dilaksanakan dengan lancar. Dengan e-Pangkat, pengguna (guru/calon) boleh memasukkan, menyemak dan mengemaskini maklumat mereka dari masa ke semasa.

Dalam erti kata lain, e-Pangkat adalah aplikasi dalam talian (online) yang berintegrasi dan komprehensif bagi membolehkan pengguna memohon dan memproses sesuatu urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) di bawah KPM. Pembinaan sistem e-Pangkat adalah bertujuan untuk menangani isu kelewatan, keciciran dan pertindihan urusan kenaikan pangkat.



Sebagai makluman, berikutan masalah capaian kepada ePangkat yang kerap berlaku, tempoh pengemaskinian maklumat di dalam ePangkat yang sepatutnya berakhir pada Jumaat, 29 Jun 2012 akan dilanjutkan kepada 15 Julai 2012. Harap maklum. Sebarang permasalahan atau pertanyaan mengenai urusan kenaikan pangkat sila rujuk ke http://www.moe.gov.my/naikpangkat

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menggunapakai sepenuhnya Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) bagi semua urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat. Sehubungan dengan itu, tuan/puan diminta untuk mengemaskini data dengan lengkap dan tepat bagi semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Khidmat Sokongan (AKS) di bawah pentadbiran jabatan/sekolah masing-masing. Ketepatan maklumat amatlah penting di dalam Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) kerana ianya akan memberi kesan terhadap semua urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat yang berkemungkinan akan berlaku keciciran. Sebagaimana tuan/puan sedia maklum, semua sekolah telah diberi taklimat tentang tatacara penggunaan Sistem Naik Pangkat (ePangkat) oleh pegawai Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing.

Anda juga boleh memuat turun maklumat berkenaan e-Pangkat dibawah :
  1. Tentang ePangkat  
  2. Tatacara Pendaftaran Pengguna  
  3. Manual Pengguna Biasa V3  
Kredit info: Ammboi.com
Ranking: 5

{ 3 Comments... read them below or add one }

  1. Assalammualaikum, mungkin pandangan dan permintaan saya berbeza, saya bersyukur dengan apa yang diadakan oleh pihak yang berwajib, apa yang saya ajukan tentang kelebihan kakitangan yang melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi,apakah bantuan, kenaikan yang di beri kepada mereka yang ada sarjana, setakat ini dipadamkan niat yang telah dicadangkan, bagai mana nak tingkatkan mutu pendidikan, kenapa kita suka seperti kera di hutan disusukan, ambik mat salleh ajar macam balik ke pada h penjajah, kenapa Islam, Bahasa Melayu semakin di pinggirkan dalam tidak sedar

    ReplyDelete
  2. sememangnya PPPS/guru yg mempunyai PHD diberi skim berasingan atau diberi ganjaran berlainan supaya profesion perguruan kita di negara sentiasa di pandang tinggi. Sistem pendidikan acapkali diubah sesuai dengan perkembangan global tetapi tenaga pengajar atau pelaksananya yakni guru tidak diberi perhatian tentang pengorbanan mereka dalam meningkatkan tahap keilmuan. Di Malaysia boleh dihitung dengan jari bilangan PPP/guru mempunyai PHD berbanding di luar negara, setiap tahun kerajaan suka sangat mengambil guru dari luar negara berkhidmat di negara kita yang entah bagaimana tahap kemahiran atau sesuaikah cara mengajar anak bangsa kita... Sudah sampai masanya kerajaan khususnys SPA/SPP lebih bergantung harap dengan guru tempatan yang terbukti dari dulu lagi cemerlang, berdedikasi dan sentiasa berkomitmen tinggi mengajar anak bangsanya.
    Berilah ganjaran/galakan setimpal dengan daya usaha guru untuk memiliki PHD sebab kalau bukan kita siapa lagi nak di tunggu untuk memperkasa bidang perguruan.

    ReplyDelete
  3. Nice article great post comment information thanks for sharing

    หนังออนไลน์

    ReplyDelete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved