Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Dunia...
Alhamdulillah, sebuah lagi mahligai berjaya didirikan pada hari ini. Jutaan tahniah diucapkan kepada Irma Hasmie yang telah pun sah bergelar isteri kepada Reza Syah Azmeer Mohd Redzuan dengan sekali lafaz kira-kira jam 3.50 petang tadi. Majlis pernikahan telah berlangsung dengan meriah di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Kedua-dua mempelai nampak sama cantik dan sama padan dengan persalinan baju berwarna putih.
Wang hantaran telah pun dirahsiakan namun Irma Hasmie menerima tiga dinar emas (RM2,220) sebagai mas kahwin. Pengantin perempuan menghantar 13 dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak pengantin lelaki. Jutaan tahniah diucapkan kepada Irma dan Reza atas pernikahan ini. Majlis persandingan yang akan berlangsung di MAEPS 1 Julai ini pasti akan meriah. Lagi 21 keping gambar sekitar majlis pernikahan Irma dan Reza Syah dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Di bawah adalah gambar sekitar majlis pernikahan mereka.
Kredit foto: Mstar Online, RotiKaya, OhBulan, Beautifulnara, Twitter HattaDolmat, Twitter Diana Amir dan Facebook The Kliker.
Tahniah...
ReplyDeleteSelamat Pengantin bAHARU ...
lawa nyer putih.