Antara Perempuan Dan Muslimah

on 29 February 2012





Perempuan...
Apabila teruna memerhatikannya
Perempuan akan membalas renungan matanya

Apabila teruna mendekati selangkah
Perempuan datang berpuluh langkah

Apabila teruna memujuk rayu
Perempuan lemah dalam pangkuannya

Apabila teruna memberi harapan
Perempuan hanyut dalam angan langkah

Muslimah...
Apabila teruna memandangnya
Muslimah tunduk mengelak panah syaitan
Apabila teruna mendekati selangkah
Muslimah berundur beribu langkah

Apabila teruna memujuk rayu
Muslimah anggap itulah kalimah iblis

Apabila teruna menutur harapan indah
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak mudah dicemari…

Oleh itu jadilah kau Muslimah impian
Yang menjadi rebutan kepada semua lelaki
Kerana wanita tercantik bagi lelaki bukanlah yang paling jelita
tapi dia yang jika dipandang memberi ketenangan dan syurga pun terbayang

Seluruh dunia ini adalah perhiasan
dan perhiasan terbaik di dunia ini adalah wanita yang sholehah....

Wassalam.....

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved