Diterimakah Taubatku Ini ?

on 3 April 2012

Assalamualaikum....




Dalam hidup ini banyak dugaan dan rintangan yang harus ditempuh. Tak kiralah ianya mudah atau susah, itu semua harus kita rasakan dan terima. Kita kena ingat yang setiap dugaan itu datangnya dari Allah S.W.T kepada setiap hambanya.  Aku juga tidak terlepas dari semua itu kerana ianya memang sudah ditakdirkan dalam Qada' dan Qadar kehidupanku. 

Aku hanya mampu dapat berserah saja kepada-Nya dan tawakal. Namun semua itu tidak cukup bagiku kerana aku perlu berusaha untuk menghadapinya demi masa depanku. Memang bukan mudah untuk berdepan dengan semua ini. Aku harus korbankan banyak benda dalam hidupku. Itulah harga bagi semuanya.

Sememangnya dalam dunia ini perlukan pengorbanan. Aku berusaha untuk menjadi terbaik buat semua orang walaupun diriku ini mungkin tidak larat untuk menhadapinya. Itu semua aku tidak peduli kerana aku tahu pasti ada hikmah disebalik semua itu. Kata-kata seperti itu memang selalu aku dengar dari mulut orang. Aku sendiri pernah mengucapkannya kepada kawan-kawan untuk memberi mereka semangat. Sememangnya memang senang untuk kita mengucapkannya tapi sukar untuk kita melakukan. 

Layakkah aku menerima taubat-MU, ya Allah ? 

Layakkah aku ini bersama orang-orang yang bertakwa ? 

Layakkah aku menerima syafaat dari-MU, ya Allah ?

Aku banyak melakukan kesilapan dan dosa. Melanggar setiap perintah-Mu dan suruhan-Mu. Aku cuba untuk berubah menjadi baik seperti orang lain tapi aku gagal kerana aku tidak dapat untuk menjadi seperti mereka. Apakah aku ini sudah terlalu banyak melakukan dosa terhadap-Mu atau apakah ini satu ujian dari-Mu ?. Jikalau benarlah itu semua, aku terima dengan rela hati. 

Aku tak layak untuk berucap pasal agama kerana aku tahu di mana kedudukanku. Aku sedar akan kesilapanku selama ini. Maafkanlah aku, ya Allah. Kau terimalah taubatku ini kerana aku tahu Kau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya. 
Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved