LOS ANGELES: Selut hijau begitu banyak mengalir hingga wanita pertama Amerika Syarikat Michelle Obama tidak dapat melarikan diri ketika majlis Anugerah Kids’ Choice kelmarin di mana penyanyi Justin Bieber dan Taylor Swift muncul sebagai pemenang besar.
Acara itu adalah program tahunan untuk bintang Hollywood yang popular di kalangan remaja dan penonton muda yang menonton rangkaian televisyen kabel Nickelodeon dan ulang tahun ke-25 itu tidak terkecuali.
Dengan diacarakan bintang filem Men in Black, Will Smith, anugerah itu menampilkan persembahan oleh Katy Perry dan kumpulan muzik Britain One Direction yang mempersembahkan lagu hit mereka “What Makes You Beautiful" daripada album “Up All Night.” Namun, seperti biasa selut hijau mengenai bintang terbesar dalam acara itu di mana Bieber memenangi hadiah penyanyi lelaki pilihan melalui undian peminat. Di pentas, Bieber mengambil trofi oren daripada Smith, sebelum pengacara itu memberi kejutan kepada bintang pop berusia 18 tahun itu. Bieber turut diundi oleh peminat sebagai selebriti yang paling mereka inginkan supaya disimbah dengan selut.
Terlalu banyak selut yang disimbah hingga ia turut terpercik ke arah wajah wanita pertama yang terkejut. Michelle menghadiri acara popular itu untuk memberikan trofi kepada bintang country, Taylor Swift.
Penghargaan diberikan kepada Michelle dua tahun lalu berikutan tugasnya dalam kesihatan dan kecerdasan kanak-kanak itu jatuh kepada selebriti yang meluangkan masa dan tenaga mereka untuk kerja kebajikan. Taylor terpilih kerana tugasnya untuk menghentikan amalan membuli dan menyalurkan bantuan kepada mangsa puting-beliung di selatan AS. - AP
Sumber: HMetro.com
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment