PENYANYI Justin Bieber memang dikenali kerana mempunyai hubungan istimewa dengan ibunya, Pattie Mallette.
Semenjak kemunculannya sebagai artis pada usia 15 tahun, ibunya itu adalah teman setia yang menjaga dan mengikut ke mana sahaja dia pergi.
Bagi menghargai jasa ibunya itu, Justin telah menyiapkan sebuah lagu istimewa sebagai hadiah ulang tahun wanita tersebut.
Terharu dengan kejutan anaknya itu, Pattie telah mengungkapkan rasa penghargaan itu menerusi Twitter miliknya.
Pattie menjelaskan dia sangat gembira mendapat layanan istimewa daripada anaknya itu.
Sumber: mStar
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment