Assalamualaikum
Hai semua sahabat-sahabat blogger , apa khabar? Sihat? Dah minum petang? Tengah buat apa tu? Banyak pula soalan yang saya utarakan kat korang nie...huhuhuhu..
Sebenarnya hari ini malas nak update tak ada mood. Tapi entahlah kenapa tangan nie gatal juga nak update.
Kalau kita bercakap pasal cinta, sayang, janji sehidup semati memang itulah ungkapan yang selalu membuatkan manusia hilang pertimbangan dan ianya seperti racun yang merebak ke dalam tubuh yang memang sukar di bendung. Bahkan, ada yang sanggup mengorbankan maruah diri demi mendapatkan sesuatu yang tidak pasti. Justeru, tips kali ini memberikan panduan kepada wanita agar lebih rasional dalam membuat pilihan keputusan hidup agar selamat dari kehancuran masa depan.
Apabila anda bercinta dengan pasangan anda pastikan dia seorang yang mampu menjalankan tanggungjawab secara gentlemen bukan sahaja di hadapan anda tetapi juga di hadapan wali anda.
Perasaan sayang dan cinta adalah naluri yang dikurniakan Tuhan untuk anda gunakan dengan betul dan sesuai pada masa dan orangnya. Jangan dek kerana 'perasaan' itu anda kecundang sebelum berjuang.
Wanita yang berakal waras dan mempunyai jiwa yang kuat akan sentiasa meletakkan tanggungjawab terhadap agama dan ibu bapa sebagai satu keutamaan. Jika tidak fikirkan untuk kepentingan masa depan.
Janji yang ditaburkan oleh golongan lelaki yang berselindung di sebalik mulut yang manis perlu diselidiki dengan baik dan memberikan masa untuk anda menilai dengan iman dan takwa bukannya penilaian luaran semata-mata.
Budi baik yang ditunjukkan melalui perbuatan fizikal, pujukan mulut yang bermada serta taburan harta yang melimpah ruah belum pasti dapat menjanjikan kebahagian yang diharapkan berkekalan dalam perkahwinan.
Lelaki yang bertanggungjawab tidak akan melakukan perkara yang dikeji kerana takutkan Allah dan sentiasa barhati-hati dalam perbuatan dan perkataan agar tidak membawa perhubungan yang merosakkan.
Wanita yang bijak tidak akan sama sekali termakan pujuk rayu yang mengasyikkan. Sebaliknya, sentiasa meletakkan kepentingan agama dan adat ketimuran sebagai langkah memulakan kebaikan dalam kehidupan.
{ 0 Comments... read them below or add one }
Post a Comment