Macam mana gempak tak tajuk hari ini?... gempak tak gempak, ada aku kesah !... wahhhh, sombong budak nie ?!... hehehe... Saya tahu semua orang nakkan kejayaan saja dalam hidupnya dan itu sudah menjadi lumrah kehidupan manusia. Kegagalan bagi mereka satu tamparan yang sangat mengerikan dan amat di takutkan oleh sesetengah daripada kita. Tidak kisahlah yang muda ataupun yang tua, yang miskin ataupun kaya, kecil ataupun besar semuanya inginkan kejayaan. Anda pun samakan? jangan nak berdolak-dalihlah, mengaku saja jangan nak sembunyikan. Saya pun sama juga dengan anda semua, hatta bagi yang baru memulakan sesuatu perniagaan. Syarikat besar pun menjadikan kejayaan sebagai kayu pengukur, Ibu bapa pula inginkan menantu yang berjaya, hatta nak cari calon suami/isteri pun nak yang berjaya juga tapi ada juga yang seumpama dialek 'Aiman tak kesah' tapi lepas tu Pa!..Pa!.. nak duit...huhuhu
"Kegagalan" dengar macam seram saja kita dengar dan ianya memang tidak lari dari kita walaupun kita bersembunyi di satu sudut yang sempit, kegagalan tetap akan memburu kita kerana ianya memang sudah ada dan di takdirkan bersama dengan 'rakannya' iaitu kejayaan. Bukan semua orang boleh membayar harganya dengan kejayaan dan bukan senang untuk kita nak memperoleh sesuatu kejayaan. Kita perlukan satu semangat dan azam yang kuat untuk melawan 'kegagalan' dan jika kita lemah dan cepat berputus asa jangan berharap yang kejayaan itu akan datang bergolek di hadapan kita. Seperti juga kata-kata Orison Swett Marden “Keberhasilan tidak diukur dengan apa yang anda raih, namun kegagalan yang telah anda hadapi, dan keberanian yang membuat anda tetap berjuang melawan rintangan yang datang bertubi-tubi.”..
JIka kita gagal dalam suatu perkara sebenarnya kejayaan sudah dekat bahkan mungkin ada disitu, cuma kita yang belum menjumpai cara untuk menjayakan sesuatu perkara itu. Sukar bukan nak berjaya? sehinggakan ada yang putus asa, menangis, mengeluh dan menyesal namun semua itu tidak harus kita lakukan bagi yang inginkan kejayaan. Apa yang harus kita lakukan ialah berfikir, tetapkan azam, kuatkan semangat, perbaiki kelemahan dan inovasikan diri agar kejayaan dalam haluan kita.
Oklah, mungkin sampai sini saja kita bincangkan perkara ini sebabnya ilmu yang saya meliki adalah terhad dan jika ada lagi saya akan berkongsi dengan semua. jika ada penambahan, dialu-alikan. Di samping itu saya sediakan beberapa kata-kata hikmah kegagalan ;
Hebatnya kegagalan kerana dapat melumpuhkan rasa ego dan takbur dalam diri. Sejauh mana hebat perancangan manusia, satu yang perlu diketahui bahawa kita tidak akan dapat melawan perancangan Allah tentukan.Kadang-kadang keyakinan yang melampau menyebabkan kita rasa ego bahawa kita akan berjaya sedangkan sekelip mata saja Allah boleh tukarkan kepada kegagalan jika Dia mahu.
Kegagalan memberi ruang agar anda lebih teliti dalam melakukan sesuatu perkara sebenarnya. Biasanya sebagai manusia pasti ada juga ynag terlepas pandang dalam perancangan yang kita lakukan. Gagal merancang akan menjadi subjek terbaik untuk anda.
Gagal bererti berdepan dengan cabaran. Maknanya, jika anda mampu melepasi ujian ini maka anda mampu menempah sebuah kejayaan. Cabaran adalah ibarat duri-duri yang anda pijak ketika berusaha mencapai apa yang anda kehendaki.
aku pernah gagal..dan gagal itu memeritkan..
ReplyDeletetpi gagal itu yang menguatkan aku :) nice entry!