Rebat RM200 Kini Untuk Semua Jenis Telefon Pintar - Pakej Komunikasi Belia

on 3 January 2013

Rebat RM200 Kini Untuk Semua Jenis Telefon Pintar - Pakej Komunikasi Belia

Rebat RM200 Kini Untuk Semua Jenis Telefon Pintar - Pakej Komunikasi Belia | Berita baik untuk semua yang layak memohon Pakej Komunikasi Belia rebat RM200 untuk telefon pintar 3G. Sebelum ini, rebat RM200 hanya untuk 23 jenis telefon pintar 3G dengan harga maksimum RM500 saja yang boleh dipohon. Namun, bermula hari ini rebat RM200 boleh digunakan untuk membeli apa sahaja jenis/model telefon pintar yang anda berkenan dan termampu.

Menurut lapporan dari agensi BERNAMA melaporkan jemaah Menteri sudah bersetuju supaya belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa saja jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan berkata, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabnet kementerian tersebut hari ini.

Rebat RM200 Kini Untuk Semua Jenis Telefon Pintar - Pakej Komunikasi Belia

Pelaksanaan Pakej Komunikasi Belia (PKB) ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'.

SKMM turut menasihati belia yang sudah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak dan meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan kemampuan masing-masing.

Pendaftaran di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingg 11 malam di laman INI atau terus ke laman http://komunikasibelia.skmm.gov.my/. Orang ramai boleh menghubungi talian hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan.
Ranking: 5

{ 7 Comments... read them below or add one }

  1. mun xcukup umo lagi..huhu

    ReplyDelete
  2. dah terhantuk baru terngadah. hahahaha.. apa aku komen ni??hehehe

    ReplyDelete
  3. aku tak cukup umur lagi..haha..

    ReplyDelete
  4. nak try mintak kot2 pak cik boleh dpt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. : so? BLACKBERRY boley la kan?

      Delete
    2. tak blh la.nokia 3310 je blh..ahaha

      Delete

 
© Official Blog Budak Jalanan All Rights Reserved